About this blog

Wali - Doaku Untukmu Sayang

wali band

kau mau apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan ku turuti
walau harus aku terlelah dan letih
ini demi kamu sayang

reff:
aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada iIlahi
tuk satukan kami di surga nanti

tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

repeat reff

(Tuhan tolong aku, jaga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)

repeat reff

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

powered by lirik lagu indonesia

Pages

Sunday, April 29, 2007

Food testing @ Hotel Classic..


Abah dapat invitatation dari Hotel Classic untuk tengok bilik dan food testing.. Jannah ngan mama pun ikut... OK gak makanan dia..maklumlah ader vitamin F (Vitamin Free)..

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Saturday, April 28, 2007

Breakfast ngan Jannah..


Hari ni Jannah ,mama ngan abah p breakfast kat warong favourite kami... Actually tiap2 minggu kami breakfast kat cni...mama ngan abah suka p warong ni... santai and open...Mama suka makan mee honn ngan sambal sotong..abah lak roti canai banjir 2..Jannah lak, semua yang mama ngan abah makan...

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Jannah dah ade gigi ...

Mama perasan yang jannah dah tumbuh gigi masa mama suap jannah biskut, jannah gigi tangan mama ...gigi Jannah kecik jer..baru tumbuh...yahoo..tak lama lagi Jannah ade first gigi...patutlah Jannah deman teruk ari tu,..macam2 nak tahu... Mama pun sempat tengok gigi Jannah masa Jannah tengah tidur..kalau tak tidur, tak dapat tengok...Jannah tak bagi tengok dan sorok gigi blkg lidah...

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Wednesday, April 25, 2007

Klinik lagi..


Jannah p klinik lagi.. seperti biasa..tapi nasib baik tak de injection ..kalau tak mesti tak de mood nak cerita...pagi-pagi lagi mama dah siapkan Jannah... nurse kata berat Jannah dah turun ckit, kesan dari demam teruk ari tu..tapi masih lagi dalam kawalan...tinggi???..ok kot..takkan dah turun juga?? ...tapi yang paling jannah suka dapat main-main atas meja nurse masa mama bawa Jannah p jumpa nurse tu..macam2 mama tanya nurse tu, nurse tu pun macam2 tanya mama... Next lawatan ialah pada 15 ogos 2007 ni.. ada injection...nurse tu tak nak bagi 8 ogos 2007 ni, takut demam dan tak dapat nak celebrate birthday jannah.. terror gak nurse ni erk...

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Unplanning Holidays.- First time masuk pool...



Hari ni family Jannah ngan family aina pergi cuti-cuti Malaysia kat A Famosa Resort kat Melaka..Kata orang, apa yang tak dirancang itu yang akan terjadi..macam percutian ni lah..Last minute....esok nak pergi baru ari ni rancang…Family Aina datang umah Jannah dan bermalam…kami bertolak pukul 9.30 pagi, sampai kat sana pukul 10.30.. Mula-mula kami lawat A Famosa Safari World.. Macam-macam binatang ada..Pas tu, A Famosa Water World.. Tu yang best sangat,dapat mandi-mandi…main air…Abah kata nanti dia nak datang lagi..,Dia tak puas mandi lah tu…


❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Sunday, April 22, 2007

PC FAIR kat MUaR


Jannah ikut mama ngan abah serta maklong p pc fair kat dewan jubli intan, muar..mama ngan abah nak survey laptop n camera untuk buat projek fp ni.. ha..ha...

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Saturday, April 21, 2007

Survey hotel kat Muar

Hari ini Jannah ngan mama serta cousin Jannah abg Boy ikut abah survey hotel kat muar untuk abah organise meeting...Konon2 nyer nak dekat-dekat ngan Jannah ngan mama ..tak nak pi jauh2...Ok gak hotel dia exspecially Hotel Classic.. Jannah sempat gak posing2 kat lobi dia...


❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

MACAM-MACAM BOLEH...

Mama kata, sejak Jannah baik dari demam ni dah banyak tingkah laku Jannah yang berubah..Banyak yang Jannah dah tau buat sendiri...Contohnyer : Dah tau makan biskut-kunyah tanpa gigi Dah tau pegang botol sendiri Suka minum makan air guna cawan straw-sampai basah Samba apa sahaja

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Tuesday, April 17, 2007

Jannah dah pandai duduk, merangkak dan bangun...

Alhamdullilah Jannah dah pandai merangkak untuk kali pertamanyer...Agaknyer betul kata orang2 tua, Jannah demam teruk sebab nak ringankan badan dan nak tau sesauatu ( nak dapat akallah) ..dan sekarang memang badannyer ringan... nanti mama akan uasahakan untuk kembali seperti dulu yer sayang ..... Nasib baik mama tidak terlepas merakam gambar melihat aksi Jannah merangkak..2 steps jer, dah meniarap balik..good try darling... Perkembangan Jannah nampaknye mengikut "chart growth". ( 8 bulan - 12 bulan) Setiap hari ada benda baru yang akan Jannah pelajari.. Go Jannah!, Go!.. Mama dan abah will always support you...Banyak lagi yang Jannah akan berlajar dalam hidup ini...

CARTA PERKEMBANGAN DARI BULAN 8-12


❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Sunday, April 15, 2007

Masa yang terlalu sukar --- Si Tomei mama demam lagi

Yesterday she had a fever, her temperature was very high... hampir 40 celcius..itu yang membuat mama ngan abah serta seisi risau sesangat...minggu lepas masa mama p KK Kuantan, Jannah tinggal ngan nenek..masa tu dia memang dah tak berapa sihat dan merengek2...minum susu pun dah kurang...tambahan pula, dia sakit mata...susut jer muka dan badan dia...balik mama dari Kuantan dia ok ckit, tapi sabtu tu dia dah demam..mama bagi ubat yang dia ada, dah 2,3 buah klinik mama pergi..tapi demam dia on off.... Hari Ahad, mama bawa dia p Dr ER(specialist kanak2), masa tu temperature dia 38.6..Masuk ubat bontot,panas dia reda... Pukul 9.30 mlm badan dia panas lagi..mama ngan abah lap2kan dia, tapi tak surut2..dah lah muntah 2x!!...Mama ngan abah terus bawa dia p emergency , tu yang check suhu badan 39.6..Mama risau jannah !!!Pas tu Jannah di bawa ke wad, kena amik darah sebab selalu demam on off... Check paru-paru,ok tak de masalah..cuma tekak ada tonsil...Abah yang teman kan Jannah,mama tak sanggup nak tengok Jannah...Tengok Jannah merenget pun,mama pun nak menangis sama...Staff yang nak cucuk jarum tu tak dapat nak cari urat Jannah, so abah mintak ditangguh dulu..Abah mintak Jannah dibawa balik dulu, kalau tak ok baru bawak balik emergency..Sebenarnya mama ngan abah tak sanggup tengok Jannah disakiti... Mama harap anak mama akan sihat semula, Ya Allah jauhkan lah dari kesakitan yang tak mampu anak mama hadapi...Kembalikan kebahagiaan dan kegembiraan pada dirinya...Ceria seperti dulu..Mama ngan abah rindu Jannah...Mama ngan Abah really loves you...


❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Saturday, April 14, 2007

Tidur menonggeng



So cute..Mama sempat amik gambar Jannah masa tengah tidur menonggeng...Jannah tengah syok tidur tu...Ala mama ni. nanti boyfriend Jannah nampak,malu lah....he..he..

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Nikmatnye tidur

Bila menatap indah wajah Jannah ketika lena diulit mimpi, hilang semua keresahan mama...Mama tak akan mempersiakan Jannah...

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Tuesday, April 10, 2007

Lawatan kerja latihan industri ke KK Kuantan




Mama kena pergi lagi out station...kecian Jannah, ditinggalkan sekali lagi..dah lah tak sihat..Lawatan kerja ni adalah berlajar dan tengok bagaimana cara pengurusan latihan industri..mama sempat shopping sweater Jannah,baby kiko..ada off 50%..

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Monday, April 09, 2007

Ustazah Jannah..


Insyallah...

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Jannah 8 mos

Jannah dah berumur 8 bulan..banyak dah Jannah tau tentang hidup ini, tapi banyak lagi yang Jannah tak tau...Yang Jannah tau mama,abah dan semua orang sayang sayang sangat kat Jannah... Jannah dah tau
1. Meniarap, terus bangun duduk dan bangun berdiri (bertatih)
2.Duduk steady
3.Dah pandai goyang-goyang badan cikit-cikit bila dengan muzik piano
4.Dah pandai marah kalau lambat suap makan
5.Tak suka sangat2 makan ubat ...
6.Dah pandai minum dalam cawan,minum sedut air pakai straw..
7.Dah boleh menguyah -makan biskut
8.Dah pandai menoleh bila panggil nama " Jannah"..
9.Dah pandai pegang botol susu dan suap dalam mulut..
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Thursday, April 05, 2007

Gaya baru minum susu....


Jannah ada gaya baru minum susu.. tak nak duduk atas riba mama lagi...He..he...he..

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Sunday, April 01, 2007

Tahniah untuk Aunti Azida & Auncle Yusry...

Hari ni adalah hari perkahwinan Aunti Azida & Auncle Yusry..Seperti biasa Jannah mesti sampai lewat.. tu yang tak dapat bergambar betul2 ngan Aunti Azida...Sorry erk... Perkahwinan mereka memang grand... Makanan pun best…Aunti Azida tampak jelita dan anggun, Auncle Yusry pun hensem macam pahlawan melayu... Untuk Aunti Azida & Auncle Yusry …Semoga berbahagia sampai ke akhir hayat & dimurahkan rezeki dalam segala hal...Bila Jannah nak dapat kawan ni ???He..He….
Ni dia kawan Jannah kat umah pengasuh Jannah (Nenek Minah)...Comelkan...Gambar ni mama ambil masa majlis perkahwinan aunti Azida...

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...