About this blog

Wali - Doaku Untukmu Sayang

wali band

kau mau apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan ku turuti
walau harus aku terlelah dan letih
ini demi kamu sayang

reff:
aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada iIlahi
tuk satukan kami di surga nanti

tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

repeat reff

(Tuhan tolong aku, jaga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)

repeat reff

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

powered by lirik lagu indonesia

Pages

Saturday, June 30, 2007

Percubaan Pertama - Majalah Pa&Ma

Masa ahad lalu, sedang Jannah sedang tidur, mama pun baca lah Pa&Ma yang lama2..tu yang teringin nak buat Janah jadi cover girl dalam majalah Pa&Ma..Gambar ni masa Jannah umur 5+++ bulan,,So, amacam kengkawan.OK tak????
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Saturday, June 23, 2007

Aktiviti hari minggu -BERKEBUN


Abah Jannah memang minat berkebun. .terutama sekali bunga2 dan pokok & daun hijau..mama pulak tak minat berkebun,tapi suka rumah cantik..ngelatlah mama ni.. . Mama bagi jannah change untuk temankan abah berkebun..mama letakkan jannah dalam walker..bestnyer, dapat ke sana -sini...

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Thursday, June 21, 2007

Jannah si tudung merah

Ni gambar yang sempat disnap oleh mama semasa dirumah nenek..semoga Jannah menjadi anak yang solehah ..aminnn..
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Hadiah dari kami..




Masa fathers Day ari tu, mama ngan abah belikan Jannah walk n ride Fisher Price untuk Jannah supaya Jannah boleh berlajar berjalan...mama ngan abah plan nak bawa jannah p tempat yang lapang...kecian berlajar kat umah,macam tak cukup tanah jerkk..

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Tahniah untuk Aunti Munira..


Minggu lepas ,hari father's day: mama,abah n Jannah p melawat auntie munirah..baby auntie Munirah bernama Muhammad Ariff, berat 3.1 kg, lahir pada 04.06.07(tarikh kahwin mama ngan abah)..Tahniah untuk mereka...comel sangattt..

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Sunday, June 17, 2007

Heppy Father's Day..Untuk 1st year..

Ini adalah tahun pertama Jannah menyambut Hari Bapa bersama Abah..Syukur pada Allah kerana ditakdirkan insan bernama SYAHRIR BIN ARIS menjadi abah untuk Jannah.. Jannah sayang Abah..Mama sayang Abah..semua orang sayang Abah... Terima kasih menjadi abah terbaik untuk Jannah
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Friday, June 15, 2007

Jannah demam lagi...


Ciannyer anak mama..demam lagi. .Hari selasa 12 Jun mama ada meeting koop kat hotel Residence dan abah ada meeting kat Penang sampai ari Jumaat ni..so mama tinggalkan Jannah kat kg ngan nenek..hari rabu petang baru mama balik kg nak tengok si bucuk mama Jannah ..sampai jer kat umah, mama nampak Jannah merangkak mengejar ke arah mama..sahlahh demam rindu n demam nak dapat upah.. upah nak tumbuh gigi atas dan nak berjalan kott...Nenek kata Jannah demam sejak tengahari.asyik masukkan tangan dalam mulut jer...Makan ubat ok, pastu demam balik.. cian kat Jannah..tapi yang kelakarnya, demam2 tu pun masih maintain minat nak tengok buku. .pukul 3 pagi mama nak bagi ubat kat Jannah, dia merangkak cari buku dia..ha..ha.. Hari ni mama amik mc sebab kecian nak tinggalkan Jannah..nasib baik student dah tak de kelas, tengah minggu exam..so petang ni mama nak p klinikk.. Sabar ye Jannah..lagi 2 minggu mama ngan abah cuti 3 minggu..kalau tak de ape2 kita enjoyy ..



❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Just 4 you..sweetheart..




12 Jun - lepas balik dari meeting tu, mama pegi Alamanda sorang2..abah tak de..abah terus jer pi Penang..so mama pun shopping la..mula2 ckit,tapi lama-lama...kalau abah ader mesti mama tak macam ni..sebab abah akan jadi audit dalaman..Mama p Mother care,Moms Care,Anakku,City Toys,HallMark dll....Entahlah mama dah tak teragak nak beli untuk mama...kalau tak, harga barang2 Jannah tu bolehlah sambar handbag ker, kasut ke atau baju...tapi yang mama ingat ialah baju Jannah,walaupun baju Jannah dah melambak kat umah..ada yang tak pakai lagi pun ader...

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Saturday, June 09, 2007

Happy Birthday..10 months..Jannah adalah anugerah dariNya..


Hari ni genap umur Jannah 10 bulan..Dunia Jannah yang semakin mencabar..tak pe sayang, mama ngan abah sentiasa ada disisi Jannah...kita sama2 tempuhi yer sayang... Mama ngan abah love you so muchhhhh..muahhhs... Perkembangan Jannah :

1.Dah pandai tukar setting TV..tukar chanell,volume…
2.Dah pandai menyepahkan rumah..
3.Suka ajuk orang..mama kata jangan,dia kata ‘angan;..
4.Dah pandai mengagah..
5.suka jelir lidahhh
6.suka campak dan baling barang.
7.Suka joget dengar apa2 bunyian..tak kira lagu ker, azan ker …
8.dah berlajar jalan jatuh...

Kebetulan mama ngan abah nak beli barang dapur kat Giant Melaka, so calebrate birthday Jannah ni kat sana..cuma makan kecik2 jer...

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Friday, June 08, 2007

Jannah nak naik basikal lah mama..




Kat Giant tu ada section basikal baby..abah cuba naikkan Jannah, suka lak..Nanti mama beli kan yer..!!! bila???

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Thursday, June 07, 2007

Jannah nak Jalan lah bah!!...




Semalam abah bawa Jannah jalan2 kat kolej, tempat abah ngan mama kejer..sambil tu mama ngan abah tolong unit bakeri bakar biskut untuk souvenier KPTM..besar gak kolej komuniti ni yup..thanks mama ngan abah..jannah happy

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Tuesday, June 05, 2007

Happy 2nd Annivessary To Us..


4 Jun 2007 ..genap 2 tahun usia perkahwinan mama ngan abah...Rasa tak percaya jer..dah 2 tahun mama ngan abah melalui liku2 kebahagiaan sebagai suami isteri, kekasih,teman, sahabat, musuh dll...pejam celik,pejam celik,cepat betul masa itu berlalu... Mama ngan abah bersyukur kerana dikurniakan kehidupan yang membahagiakan disamping kurniaan yang tidak ternilai iaitu Nur Jannah..Syukur alhamdulillah... semoga rasa bahagia ini akan berkekalan..

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Monday, June 04, 2007

Jalan-jalan Jusco & K mart..






Semalam mama ngan abah bawa Jannah p JJ Air Keroh... mama kata jannah sekarang ni dah panjang akal..dah besarlah katakan... Tak nak duduk dalam stroller lama2...dah berdiri dalam stroller..aduihhhh...tak leh lambat ckit bagi makan.. .mulalah mulut tu menjerit...

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Babacakk Jannah..






Semalam mama balik dari English Course, mama cari anak mama keliling rumah..dalam bilik tak de, kat dapur tak der...alamak!!! dalam bilik air, nasib baik tak der!!!. ..tapi kat mana erk???hati dah risau ni.. . pastu mama nampak something kat belakang langsir bergerak2, berpusing2.. bila mama datang dekat jer, cakKKK!!!! Jannah rupenyer....

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Friday, June 01, 2007

Glory Beach Resort..Port Dickson







Mama sebenarnya ada kursus Pedagogi, Mentoring & Pengurusan Kokurikulum kat Glory pada 28-31 Mei..semuanyer pakej, tapi sebab nak bawa Jannah n Kuncu2nyer mama amik apartment dan tambah sedikit RM... happening!!! maklumlah cuti sekolah..Swimming pool dibuka seawal 7 pagi - 7 malam..malam lak ada mmcm2 program, ada program nyanyi, kanak-kanak, persembahan dayak siap ada badut lagi.. Jannah, apa lagi, main air jer kejer dia dan mandi swimming pooll.. tak bagi mandi, menangis2 meronta2..kacau anak mama ni...tak takut airr

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...