1. Pasar Ben Than
3. Airport HCM
Asssalamualaikum
Sebelum anda membaca entry ini, diingatkan entry ini mengandungi gambar2 dan cerita2 yg banyak..
sila baca TIPS RIngkas Trip Ke Ho Chi Min /Saigon
Hari keempat aka hari terakhir di HCM ialah menghabiskan misi
yg belum terlaksana..antaranya ke Pasar Ben Than utk mencari kain ela, beg dan souvenier lagi.pastu plan nak pi Post Office & War Muzeum
( dua tempat ni memang tak sempat, x dak masa)…
seperti biasa mula2 kita bekpest dulu..
-->
Pastu laju menuju ke pasar Ben than..hari ini keener cepat semuanya…
alhamdulillah dapat gak jumpa kedai femes yg menjual kain ela cotton Vietnam..
nama kedai tu DAM, no 433..
harga pun agak murah,dalam rm35 – rm45 utk 4 meter...
masa aku pi tu, tak dak org lagi..tengah syok2 nak pilih,
datang pulak segerombolan makcik2 dari Malaysia
yg kecoh2 pun nak membeli..macam dah nak terbalik
kedai tu dikejerkan makcik2 tu....kain2 berterabur sana sini..
nak pilih pun tak senang,tapi dapat gak lah
melangkapkan misi carik kain2 yg dipesan.
-->
Pastu pi carik beg sandang..maklumlah beg2 yg dibawak
dari 2 sudah beranak ke 4 buah.
letak barang kat hotel terus pi lunch kat kedai shamsudin.
Agak jauh jugak kedai ni…tapi suasana kedai makan shamsudin ni selesa,bersih..
seb baik banyak masa lagi.
pas tu tahan teksi terus pi airport.
bersambung part 2/day 4
0 pesanan:
Post a Comment