About this blog

Wali - Doaku Untukmu Sayang

wali band

kau mau apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan ku turuti
walau harus aku terlelah dan letih
ini demi kamu sayang

reff:
aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada iIlahi
tuk satukan kami di surga nanti

tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

repeat reff

(Tuhan tolong aku, jaga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)

repeat reff

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

powered by lirik lagu indonesia

Pages

Wednesday, December 26, 2012

Kau Teristimewa, Tapi Dia Yang Sempurna ---> 10 Muharram..

 
Arwah suami telah meninggalkan kami pada hari yang sangat baik dan mulia..
Hari mulia untuk seluruh umat islam didunia ini..
10 Muharram 1434H bersamaan 24 Nov 2012 pergi nya seorang hamba Allah 
kesayangan kami semua.. pergi dalam keadaan diri yang amat tenang..
dikelilingi oleh insan2 yang disayangi dan menyayanginya....


Bertanya para sahabat : “Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?” Sabdanya

- ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
- ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
- Diciptakan lautan pada 10 Muharram
- Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
- Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
- Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
- Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
- Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
- Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
- Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
- Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram
- Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
- Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
- Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
- Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
- Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
- Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
- Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
- Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
- Awal-awal hujan yg turun dari langit pada 10 Muharram
- Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
- Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
 
Terdapat empat belas perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya- Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: ”Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
( Sumber : http://www.mysuara.net/kelebihan-dan-kemulian-muharram/)


Ya Allah Ya Tuhanku..
Kau ampunkan dosa2 suamiku..
Terangilah kuburnya..Lapangkanlah kuburnya..
Tinggikan lah darjatnya...
Tempatkanlah dia bersama2 orang2 beriman...
Amin Ya Rabbal Alamin...
 

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Wednesday, December 19, 2012

Kau Teristimewa, Tapi Dia Yang Sempurna ---> Al-Fatihah

 
 
 
Al Fatihah 
buat suamiku Syahrir Bin Said @ Aris..
yang telah pergi menemui penciptaNya
pada 24 Nov 2012...Sabtu Jam 2.18 ptg..
bersamaan 10 Muharram1434H..
 
Sesungguhnya dunia ini hanya pinjam-pinjaman..
Sudah  tertulis arwah dipinjamkan kepada aku dan anak2 untuk seketika..
hanya untuk 7 tahun ..

namun percayalah abang..
Abang tidak pernah menyakiti hati ini..
Dirimu seorang suami dan bapa yang amat penyayang..
seorang yang amat bertanggung jawab..
seorang yang baik hati..

Abang tidak ada dosa kepada mama dan anak2..
Kami redha untuk pemergianmu..
mungkin itu yang terbaik perancangan Allah..
betapa indahnya Allah merancang satu persatu..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Kau ampunkan dosa2 suamiku..
Terangilah kuburnya..Lapangkanlah kuburnya..
Tinggikan lah darjatnya...
Tempatkanlah dia bersama2 orang2 beriman...
Amin Ya Rabbal Alamin...
 
 
dan kini kami hidup dengan kenangan indah yang abang tinggalkan...
terima kasih abang.......
 
 

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...