About this blog

Wali - Doaku Untukmu Sayang

wali band

kau mau apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan ku turuti
walau harus aku terlelah dan letih
ini demi kamu sayang

reff:
aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada iIlahi
tuk satukan kami di surga nanti

tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

repeat reff

(Tuhan tolong aku, jaga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)

repeat reff

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

powered by lirik lagu indonesia

Pages

Wednesday, August 15, 2007

Majlis Hari Jadi Nur Jannah***1 Tahun Maaa....Part 1





Ni adalah antara2 persediaan untuk harijadi Jannah... Goodies beg ditempah khas dari : http://www.partythemepark.com

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

JaNnaH's 1st birThdAy Ba$h!!!









Alhamdulillah, syukur pada tuhan atas kesempatan yang diberiNya untuk mengadakan majlis harijadi Jannah yang pertama..Tidak tergambar rasa gembira dihati mama dan abah melihat jannah melangkah kedunia 1 tahun ..Semoga majlis hari jadi ini menjadi ingatan dan tatapan untuk Jannah bila meningkat dewasa nanti.. Terima kasih yang tak terhingga untuk mereka2 yang sudi meraikan majlis harijadi jannah ini..
1.Ikka,Hubby & Trisyia
2.Sab,Hubby & Adam
3.Kak Su,Hubby & Nureen
4.Mimi,Hubby & Najeeb
5.Mimi,Hubby,Farhan & Emily
6.Fateen,Hubby,Danish & Dania
7.Hirda & Hardy
8.Ati,Hubby & A.D
9.Nana,Hubby & Aaqil
10.Eja, Hubby & Aaqid
11.Mai,Zaimi & Syasya
12.Yana & Indah
13.Sue,Annur & Hubby
14.Azie,Auni & Hubby
15.Veevee,Hubby & Dyna
16.Mak,Bapak,Aida & Udin
17.Ayum,Jimmy & Sara
18.Mak Oda, Pak Oda & Adika
19.KC - photografer of the day.. dan tak lupa juga untuk shikin yang telah menjahit baju Jannah yang tersangatlah cantiknyer itu... nak tengok jahitan2 lain yang cantik, bolehlah tengok kat sini : http://girl-charms.blogspot.com/

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Monday, August 13, 2007

Zoo Negara...11.08.2007



Lamer berbenar mama ngan abah tak p zoo negara..So, mama ngan abah bawak Jannah ngan adam,trisyia serta ain p zoo negara..jannah lak macam orang besau, tak nak dipegang..maklumlah dah dapat kaki..semuanyer nak buat sendiri..nasib baik tak masuk kolam ikan..kaki dah satu masuk.,,tak takut binatang lansung... Punyerlah ramai orang, budak tadika2 bermacam2 ruper...tu yang rase agak tak selesa..nak naik train pun tak de chance, kene beratur panjang..dapat gak merasa sekali jer..jadilah!! Takper len kali kita p lagi yer Jannah!!!..
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Thursday, August 09, 2007

Setahun Yang Lalu....

Setahun yang lalu, ketika saat ini mama sedang bertarung nyawa melahirkan Jannah…5 jam mama dalam labour room bersama abah menanti kelahiran Jannah, tapi disebabkan masalah Jannah yang hampir lemas, mama terpaksa merelakan diri untuk di operate.. Sebenarnya due date mama ialah 3 Ogos 2006… Saban hari mama menghitung hari menanti kelahiran anak mama ini..Namun masih tiada tanda2 untuk melahirkan, sehinggalah pada 8 Ogos 2006.Pagi 8 Ogos itu, mama berasa tidak sedap badan dan demam..Sepanjang hari itu, mama hanya berehat di bilik tetamu di opis..sehinggalah pada petang itu ketika menunjukkan jam 6.30 petang, sedang mama bersama abah bangun untuk mengambil wudhuk, tiba2 air ketuban mama pecah..Terus tanpa melengah masa abah menghantar mama ke Hospital Pakar Sultan Aminah, Muar..Mama diperiksa, dan terus dihantar ke labour room…walaupun bukaan hanya 2 cm, tapi sebabkan keadaan bayi yang agak tidak memuaskan, mama disorong ke labour room pada pukul 7.45 mlm..Mujurlah ada Abah yang setia menemani mama dengan memberi kata-kata semangat, menenangkan mama, membisikkan kata-kata hikmat…Namun hampir 5 jam di dalam labour room dengan bukaan hanya 5 cm,mama terpaksa dibedah kerana dikhuatiri baby mama akan lemas… 2.46 pagi…Jannah lahir ke dunia ini..Jururawat membawa Jannah disisi mama untuk mama memberi ciuman kasih sayang mama yang pertama..Syukur Alhamdulillah dengan pemberian ini Ya Allah..Kemudian jannah dibawa kepada Abah..Abah yang mengazankan Jannah..Abah memceritakan ketika itu Jannah terpinga2 sambil memandang tepat wajah Abah kerana mendengan suara Abah melaungkan kalimah suci ..Biarlah Kalimah itu menjadi nadi dalam kehidupan Jannah.. Jannah adalah baby yang terlalu baik..semua orang kata kalau ada 10 orang bayi macam Jannah mereka sanggup menjaganya..Jannah tak pernah menangis malam, tak pernah mengalami kolik,tak cerewet ,…
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Anak mama dah setahun...

Jannah pada ketika ini : 1. Pandai sangat merajuk - baring kat lantai 2. Sudah pandai menyuap sendiri - menyuap gaya sendiri 3.Semua nak buat sendiri.. 4.Sudah pandai cakap walau pun tak berapa clear some words seperti "Pis"(Fish),"Acih"(Terima Kasih),Pi Ket(Tepi Ckit).... 5.Suker sangat iklan yang ader budak2.. 6.Pandai pegang telefon dan letak kat telinga, walaupun senget... FixHTML

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Wednesday, August 01, 2007

Countdown leaving babyhood..

8 hari lagi buah hati mama, Nur Jannah akan meninggalkan “dunia baby”...bagi mama jannah ada lah baby mama selama-lamanyer…sedih ,gembira ,bimbang hati mama ini mengingatkan Jannah akan melangkah 1 tahun.. 1 tahun yang penuh dengan kebahagiaan …Jannah, mama dan abah doakan Jannah akan sentiasa bahagia dalam meniti kehidupan ini sayang.. mama dan abah juga doakan agar jannah sentiasa dibawah lindungan Nya dalam apa jua keadaan..Jannah menjadi keutamaan mama dan abah…segala kasih sayang mama dan abah akan dicurahkan untuk Jannah..setiap detik mama ingin bersama Jannah… ketika jannah membuka mata dipagi hari, mama lah orang pertama yang akan menyentuh pipi jannah..ketika malam tiba, jannah ingin melelapkan mata, mamalah yang akan mendodoi jannah…Mama ingin menjadi orang pertama yang sentiasa disisi Jannah dalam apa jua keadaan…dekat dihati jannah…jannah adalah permata hati mama yang tidak ternilai..mama sayang Jannah!!!
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

BiRtHdAy InViTaTiOn....LeT cELEbRaTe The PaRtY

Ader dengar tak satu cerita bahawa seorang raja dan permaisuri akan mengadakan satu majlis harijadi yang pertama untuk puteri kesayangannya ,, Kalau tak dengar lagi, mari kita sama-sama baca kad dibawah ini :
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...