About this blog

Wali - Doaku Untukmu Sayang

wali band

kau mau apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan ku turuti
walau harus aku terlelah dan letih
ini demi kamu sayang

reff:
aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada iIlahi
tuk satukan kami di surga nanti

tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

repeat reff

(Tuhan tolong aku, jaga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)

repeat reff

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

powered by lirik lagu indonesia

Pages

Wednesday, April 30, 2008

KISAH MAMA, ABAH, JANNAH & RIZQI – 1 bulan (31/3-30/4 )





MaMA dah masuk geng anak dua...ha.ha.. mencabar sangat..penat,letih semuanya ader..oh yer, untuk pengetahuan semua, mama berpantang kat umah mak mama kat segamat..tapi sempatlah singgah kejap kat umah MIL masa kuar dari klinik Raja hari tu... Lebih senang duduk kat umah mak sendiri, tak malu cikit nak mintak tolong itu ini..he..he..Ok berbalik cerita life mama sekarang ni, aduihhss penuh dengan aktiviti..kalau tak layan Jannah, layan Rizqi..Nasib baik nenek banyak membantu mama, kalau tak,,mahu tercabut kain mama ni..he..he.. ni pun curi2 masa buat entry kat fp ni..buat sambil meriba Rizqi yg sdg minum susu.... Tapi yang bestnya,,mama nampak sendiri gelagat anak2 mama depan mata..tu yang tak lekang mama asyik pegang kamera..sampaikan Jannah dah sedia tau apa yang patut dibuat bila mama pegang kamera...

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Jannah : Ratu Bakul

Tengok ni gelagat jannah..pantang nampak benda2 kat sekeliling dia..actually bakul ni abah baru beli untuk letak baju kotor Rizqi..tapi bakul ni sampai kat tangan dia dulu..dia yg rasmikan.


Jannah : Kak nammmmm...


Jannah : Rindu semakin dekat..
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Tuesday, April 08, 2008

Jannah : 20 bulan ( 1 tahun, 8 bulan)...8 April 2008..



Aduishhh..cepat benar masa berlalu.. Jannah dah besar dah..Syukur Alhamdulillah anak mama ni membesar dengan sihat dan tentunya semakin cerdik dan sangat kalakau ...Selalu akan ada perkara yg mencuit hati..dan kadang2 menyakitkan hati..ha..ha..Antara perkembangan Jannah sekarang ni...
1.Dah menjadi KAKAK..kakak kepada baby Ahmad Rizqi..semoga menjadi kakak yang baik yer sayang.....
2.Dah boleh diharap..suruh amik diapers, suruh amik susu, amik handphone..
3.Vegetarian—suka meratah sayur..sayur favourite carrot,kubis ngan sawi..ni ikut perangai mama lahhh..
4.Dah pandai tiru gaya iklan..terutama iklan rambut..time kirai2 rambut tu..sweet sangat... 5.Mama ngan abah dah leh faham bahasa dan gaya Jannah..apa yg dia nakk..
6.Dah montel ckit..maklumlah kuat minum susu dan makan..2 jam sekali mesti susu ...
7.Dah pandai beraksi depan kamera..bila mama amik kamera, mesti Jannah sebut “senyum”..
8.Barang kesayangan – bantal..tak leh sentuh atau guna..mesti rampas..kedekut gakk ni..
9.Apa yg adik dia buat, dia nak ikut..mama breastfeed kat Rizqi..Jannah pun nak..tapi letak jer kat pipi dia..pastu taknakk...ha..ha..contoh kat Klinik Raja&Lim hari tu, Rizqi masuk dalam troli baby tu, dia pun nak masukk..abah layannn jerr...
10.Dah leh sebut “Allahuakbar ’..biler dengar org azan..
11.Dah tahu bezakan antara “mot’-comot, “mok”-nyamuk dan “mut”-semut
12.Suker sangat buli Abahhh...anak abahh lah katakann...Abah pun mcm rela di buli jerr...

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Tuesday, April 01, 2008

KISAH kELAHIRAN AHMAD RIZQI BIN SYAHRIR..


Bagaimanakah menyedari diri pregnant??
Sebenarnya mama tidak sekali untuk merancang untuk pregnant dalam masa terdekat ni.. paling kurang pun Jannah dah sampai 3 tahun..tapi Allah itu maha kaya..mama tak menolak kalau rezeki dari Allah itu datang dalam masa terdekat ni...tapi kalau boleh dielakkan.. mama akan elakk.. Itu 10 bulan dulu... Mama menyedari mama mula pregnant ketika mama dan abah tengah sibuk mengendalikan Birthday Jannah kat Pizza Hut Damansara Utama pada bulan ogos 2007..masa tu mama dah sebulan pregnant....Patutlah masa malam sebelum Birthday Jannah tu, SIL kata mama nampak berisi dan gemuk..mama anggap itu memang realiti..apatah lagi ketika itu selera makan memang betambah2 dan menjadi2... Masa tu jugak period mama datang selama 3 minggu tanpa henti..tapi dalam kuantiti yang sedikit dan warna nyer pun cair2..dalam hati mama..apa penyakit aku ni?? Nak dijadikan cerita. Satu hari kat opis, mama tengah lepak kat bilik EO, mama pun mengadu dan bercerita tentang “period” mama yang tidak berenti2 ni...dengan selambanyanyer, akak EO tu kata “ baik iena p check, akak dulu masa pregnant anak ke-2 macam tu lah..”” berderau darah mama...**^%##@*&%..ohhhhh tidakkk!!!!! Mungkin Ya tapi Bukan masa yang terdekat ni... Balik dari opis, kelam kabut mama p farmasi nak beli pregnancy test tu... pastu kelam kabut juga mama masuk toilet...mama pun mengtestlahhhh.... dalam hati..”janganlahhh pregnant!!!!”.. tapi siapalah kita yang mampu menolak ....Allah itu maha mengetahui .. kita mampu merancang, tapi Dia yang menentukan....mama menjerit kat abah yang sedang melayan Jannah kat ruang menonton TV...dengan berdebar2 mama beritahu abah,,,Alhamdulllah , ucap abah..lalu mengucup dahi mama.. mama gak yang terpinga2..malam tu terus mama lembikk dan tak bermaya..(he..he...dah psiko..lebih baik tak tahu pregnant)...
Bila dapat tahu jantina baby?? Masalah Bleeding membuatkan mama membuat check up kat klinik pakar - Dr Ng Maternity Specialist.. dia bagi pil untuk kuatkan rahim.. dan Alhamdulillah selang seminggu selepas makan ubat tu bleeding pun dah berhenti..tapi di awal trimester 1 , kehamilan ini membuatkan mama merasa sedikit tidak gembira...sehinggalah trimester ke 2 ( bulan ke-5 kehamilan) mama membuat check up seperti biasa..Dr Ng mengesahkan bakal baby mama ini 100% boy... Kenyataan itu sedikit sebanyak banyak mengubah keadaan mama menjadi lebih gembira dengan kehamilan kali ke-2 ini..Mama sangat bersyukur kalau betullah jantina baby adalah lelaki.. itu adalah anugerah Allah yang tidak terhingga ..Abah pun merasa gembira, tapi dalam masa yang sama dia sempat berseloroh “ nampak gayanyer 2 orang jerlah anak aku”..he..he..
Ader tak perbezaan mengandungkan Jannah ngan Rizqi?? Sepanjang Kehamilan, mama akui bahawa mengandung anak lelaki ini banyak ragamnya..berbanding mengandungkan Jannah dulu, awal kehamilan jer yang mengalami alahan yang terukk..lepas tu dah beransur ok dan berasa tenang hingga saat melahirkan...untuk kehamilan ke-2 ini soal makan tidak menjadi masalah..memang berselera..bayangkan berat badan dari 58 kg boleh naik kepada 72 kg...tu yang puasa hanya sempat 1 hari jer, itupun dah pucat lesi dan menggigil2..yang penatnya membawa perut, ditambah dengan masalah tidurnya,masalah dalaman lagi dan baby yang dikandung ini memang aktiff.. asyik menendang jer...Keadaan ini menyebabkan mama tidak sabar untuk melahirkan baby ini...setelah mengetahui jantina baby adalah lelaki, abah dan Jannah sudah start memanggil baby dalam kandungan mama ini dengan panggilan “Ahmad”.. Kenapa memilih kaedah Caeserian??
Kaedah untuk melahirkan baby ini, mama telah pun memilih cara caeserian di klinik private..itupun setelah berbincang dengan Abah...tak sanggup mama nak melalui sakitnya melahirkan secara normal ( walaupun Jannah dulu sempat 6 cm,,sakitnya Ya Ampunnnn!!!)..sebenarnya mama ni penakut sakit...tapi caeserian pun lagi sakit..sakit selepas melahirkann...mula2 nak cuba bersalin normal dengan bantuan epidural..tapi dr kat Hospital Putra Melaka kata risiko 50%-50% untuk bersalin normal..ini kerana mama ader history caeser masa Jannah dulu..itupun tak sampai 3 tahun mama dah mengandung lagi utk kali-2.. takut nanti selepas 6-8 jam, ,mama masih lagi tak bersalin jugak, so cara terakhir kene caeser jugak...yang ditakutkan ialah parut atau luka kat dlm perut, masa melahirkan Jannah dulu, takut tak sembuh lagi... ...yg kat luar perut dah ok.. oleh sebab itu lah dah alang2 macam tu, baik mama menyeahkan diri utk caeser.. ada gak sorang kawan tu dengan lasernya berkata “ tak nak masuk syurga ker”.. mama jawab, banyak cara lain nak masuk syurga...!! boleh gitu??
Kenapa memilih Klinik Raja & Lim??
Mama pun membuat survey tentang segala yang berkaitan dengan klinik yang menyediakan perkhidmatan besalin secara private..semua klinik bersalin private kat Muar tu ader diregisterkan nama mama.. kat Melaka pun ader gak, kat hospital Putra..akhirnya mama memilih Klinik Bersalin Pakar Raja & Lim, dengan menggunakan perkhidmatan Dr. Lim.. harga pun ok..RM2700+++...dan mengikut kengkawan perkhidmatan yang disediakan juga memuaskan hati..
Kenapa memilih tarikh 31 Mac 2008 untuk melahirkan Ahmad Rizqi??
Dr Lim memberikan mama pilihan untuk memilih diantara 28 Mac – 10 April bagi melahirkan baby ini...mula2 mama nak pilih 08.04.08 , supaya hampir2 sama dengan birthday Jannah 08.08.06...tapi tarikh tu lak jatuh pada Hari Keputeraan Sultan Johor..public holiday dan pakar bius yang biasa digunakan diklinik tu bercuti lak..nak panggil pakar bius lain kena extra caj RM500+++ ..argghhh malas nak memeningkan kepala, so mama ngan abah telah memilih 31-03-08..tapi selepas Asar.. Dan pada 31 Mac 2008 seawal pukul 11 pagi, mama telah sampai dan dimasukkan ke wad bagi dilakukan check up dan dimasukkan air..8.00 pagi lagi mama telah berpuasa...nasib baik Jannah telah dihantar ke rumah nenek di Segamat pada hari semalam.. sebelum masuk ke Operation Theatre (OT) mama telah ditemani oleh SIL,MIL dan yang paling penting sekali sudah tentulah Hubby... Perasaan berdebar2 dan takut wujud dengan serentak..Namun mama tabah kan hati..Ya Allah berikan aku kekuatan dan permudahkan aku serta orang yang membantuku untuk melalui pengalaman ini..Selamat kan aku, selamatkan zuriat ku, serta selamatkan ibu-ibu di seluruh dunia yang akan melahirkan pada hari ini dan selamanya..,..Lahirkanlah zuriat ku ini dengan sebaik2 kejadian sebagai hamba Mu... Dan Tepat 4.26 ptg lahirlah seorang bayi lelaki yang diberi nama :: AHMAD RIZQI...


❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...