About this blog

Wali - Doaku Untukmu Sayang

wali band

kau mau apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan ku turuti
walau harus aku terlelah dan letih
ini demi kamu sayang

reff:
aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada iIlahi
tuk satukan kami di surga nanti

tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

repeat reff

(Tuhan tolong aku, jaga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)

repeat reff

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

powered by lirik lagu indonesia

Pages

Wednesday, January 16, 2008

Back dated ::: Sesi Fotografi – Tasik Kelana Jaya..

Since abah ngan mama melabur membeli kamera dslr, so mama ngan abah pun cuba lah mengambil gambar outdoor . Lokasinyer kat Tasik Kelana Jaya dan modelnyer dah tentu lah budak tonet yang penuh dengan autanyer, Jannah!!!!. Mama bawak 3 helai baju, hampehhh jer..sehelai pun tak habis nak melaram..sebabnyer..si Jannah ni buat perangai lak…berlari saner, berlari sini..itu boleh tahan lagi..yang tak leh tahan, dia bantal nak masuk dalam tasik tu…meraung2 nak cecah kaki..dah bagi sekali, nak banyak kali…tak bagi, macam kener hysteria…nasib baik lah tak ramai orang masa tu..sayang oii, tu bukan swimming pool.. Mama tak larat tak layan, tangan ni ringan jer…so, mama serahkan kepada abah..terpulanglah pada abah..abah bagi dia minum susu, mungkin dia ngantuk dan waktu tu (11 pagi) memang waktu Zzzz (titun)Jannah… So, sesi fotografi tu memang tak berapa nak menjadi.. hanya yang sempat jer snap…itu pun pakai petik jer..So, inilah hasilnyer..harap2 len kali sesi fotografi bersama Jannah akan lebih baik hasilnyer…Thanks Abah kerana melayan Jannah
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Saturday, January 12, 2008

Heppy 17 months old (08.01.08 ).. & Happy Birthday to Abg Aboy

Naper?? tak percaya ker?? Anak mama, Nur Jannah dah 17 bulan...Waktu begini, yang paling mama suker :
1. Dengar dia berlajar mengenal orang..sapa Jannah ( dia selalu sebut nama dia Annah), mama, abah, nenek..
2. Kalau nampak benda2 yang cantik dia akan sebut "awa" (lawa) especially kalau dia pakai baju yang cantik...
3.Dah pandai jadi pemalu...hendak2 kalau orang yang tak kenal tegur dia(siap tunduk2 lagi muka dia)..
4.Dah pandai sebut nak maman biler time2 makan ( pagi & maghrib), lalu kat depan KFC mesti tunjukk kat mama "mamam"
5.Dah pandai sebut A,B, Alif,Ba..
6.Dah boleh ikut mama ngan abah cakap cikit
7.Dah hafal iklan..boleh ikut lak iklan tu buat aper...

Jannah juger ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada sepupu Jannah iaitu Abang Aboy..Semoga panjang umur..majlis hari jadi Abang Aboy ni dibuat pada hari Ahad lepas (6 Jan 08)..majlisnyer agak simple, tapi meriah dengan saudara mara terdekat dan juger kawan2 abang Aboy..ader game lak seperti kerusi beracun, tiup belon sampai pecah, masukkan benang dalam botol air..tapi semua tu Jannah tak leh main lagi..kalau tak mesti semua hadiah tu Jannah yang kebassss.. Jannah memang suker ngan abang Aboy ni..serasi bebenar..belum lagi Abang aboy mengagah, Jannah dah ketawa..ntah aper yang dikelakarkannyer...kalau abang aboy datang umah tok mak, mesti jannah panggil.....

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Wednesday, January 09, 2008

Ragam Jannah..(nak jadi kakak...)

Aduihhh..tak tahu lah sejak dua menjak jannah punya ragam dah ketara berbeza sesangat.. dulu tak macam ni pun.. Makin mengada2, nak berkepit jer ngan mama..Asyik nak melekap ngan mama..yang peliknya, dulu ngan abah dia ok jer..tapi laa ni makin rapat lak ngan mama.. cikit2 nak berdokong..tidurpun nak berpeluk..tak pun duduk atas perut..dahlah mama tengah mengah2 ni… Dah pandai nangis sambil hentak2 kaki.. Menangis pun tak kira tempat, meraung2..abah siap tanya mama lagi, dulu mama masa kecik macam tu ker??? he..he.. Susah nak bawak jalan2 lagi… tak larat nak melayannyer..Makan kat luar pun kene tengok tempat dan masa..sampai abah lebih rela bungkus makan kat umah jer ataupun mama ngan abah gilir2 makan..itupun masih tak aman...Orang kata, itulah ragam Jannah nak beradik..dia lebih tau yang dia akan dapat adik, so dia pun rasa jealous…takut kasih sayang terhadap nya berubah.. Jannah sayang, walaupun aper keadaan sekali ,Jannah tetap RATU di hati kami..kasih sayang mama ngan abah tidak pernah berubah..tidak ader kurang, malah makin berlebih..mama ngan abah sangat bersyukur kepada Allah atas anugerahnyer yang tidak ternilai iaitu hadirnyer Nur Jannah dalam hidup kami..terima kasih kerana menjadikan kami "mama dan abah" seperti ibu bapa yang lain...Jannah adalah permata hati kami yang pertama..kedudukan itu akan tetap sampai bila-bila...
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Wednesday, January 02, 2008

Selamat datang 2008 - Selamat Tinggal 2007

Selamat Tahun Baru 2008 untuk semua yang melawat FP Jannah ni..semoga tahun 2008 ini menjanjikan kebahagiaan dan kegembiraan dalam apa jua keadaan.. Yang pastinya ader beberapa perkara baru yang akan berlaku pada hidup mama, abah dan jannah.. Antaranya : Jannah akan dapat adik baru (Insyallah April 2008), mama, abah ngan jannah akan berpindah ke rumah baru, abah merancang nak tukar kete baru (Insyallah..) , gred jawatan abah ngan mama dah jadi baru, dulu DG41, la ni DH41..dan beberapa perkara lain.. Harap-harap semua yang baik2 belaka jer ..Aminnn..
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...