About this blog

Wali - Doaku Untukmu Sayang

wali band

kau mau apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan ku turuti
walau harus aku terlelah dan letih
ini demi kamu sayang

reff:
aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada iIlahi
tuk satukan kami di surga nanti

tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

repeat reff

(Tuhan tolong aku, jaga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)

repeat reff

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

powered by lirik lagu indonesia

Pages

Sunday, December 30, 2007

Jannah :: Kisah Basikal Baru dan Demam..

19/12/2007 ---Sehari sebelum hari Raya Haji Aidiladha ari tu, abah & jannah ikut mama p buat check up kat Ng Meternity Specialist..Dalam perjalanan, mama nampaklah satu kedai apek jual basikal..mama memang dah lama nak beli basikal untuk Jannah.. so, mama ngan abah pilih warna biru..kot2 bakal adik jannah boy, so dia boleh guna sama..he..he..memang hati tak tahan jer tengok basikal pink, tapi sabar kan ajer.. Malam tu, on the way dari muar nak balik segamat Jannah demam lak..mula2 malam tu plan nak balik segamat..tapi singgah kat umah tangkak, terus bagi Jannah ubat dan tidur..pagi2 raya tu baru bertolak ke segamat… so hari raya haji ni, jannah dalam mood demam..kejap ok, kejap tak ok… Mama memang tak suka kalau jannah demam… hendak2 bila dia batuk.. sakit hati dengar bunyi tu..walaupun dia tak banyak ragam, tapi rengek sikit2 tu mesti ader…lagi satu bab makan ubat, jannah ni ikut mood..kalau dia ader mood nak makan, siap tunjuk kat ubat dan cakap “nak”..tapi kalau tak de mood, mesti merengek2, tapi tak de sampai meraung..Cuma kena guna trick jer… Sebab tu,bila p klinik amik ubat, mama mesti rasa dulu ubat tu..ok ke tak ngan Jannah…
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Thursday, December 27, 2007

Majlis Perkahwinan Belah Lelaki-Pak Long Jannah..

16 hb 2007- majlis perkahwinan pihak pak long Jannah..mereka dah nikah pada 1 september ari tu.. belah pak long baru dibuat sebab nak tunggu cuti sekolah supaya ramai saudara mara yang dapat hadir..sib baik ari ok jer, tak hujan...lauk pun best2..ader umbut kelapa masak lemak putih, ikan masin, sambal belacan, ikan baung salai, ayam berempah, daging masak kari...tapi yang pastinyer Jannah asyik berkepit jer ngan mama..tak nak ngan orang lain...abah lak sibuk amik gamborr... Untuk Pak long Zahid & Mak Long zaidah, Jannah, mama ngan Abah ucapkan selamat berbahagia sampai ke akhir hayat..
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Sunday, December 16, 2007

Kidsport OU - 15 Disember 2007

Memang seronok dapat bergatheting reramai macam ni.. thanks abah sebab bawa Jannah ngan mama p berpoya2 ngan kengkawan mama & Jannah...tapi yang pastinyer jannah nampak mama yang terlebih excited..he..he.. Si Jannah ni pun satu, mentang2 lah dan besau.. tak nak dipegang... tak nak di dokong...berlari sana berlari sini, amik bola orang lah..ader ke patut ader anak cina tu tengah syok focus nak tendang bola, dia boleh amik bawa lari...bengang giler..terkebil2 nak cina tu..ha..ha... .. Lepas jer kuar dari kidsport tu, mama ngan abah terus bawak jannah balik..mama singgah kat McD beli aper2 yang patut untuk dimakan dalam keter..mama ngan abah plan tak nak singgah maner2..terus jer balik segamat..sebab esok pak long Jannah punyer majlis kawin... Thanks pada kengkawan semua...mintak maaf kalau ader yang tak sempat nak beramah mesra...ader rezeki, kiter jumper lagi kkkkkk....
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Sunday, December 09, 2007

jANNAH - 16 mONTHS oLLD (08.12.07)

Anak mama Jannah dah 1 tahun 4 bulan...Cepatnyer maser berlalu...mama ngan abah makin seronok ngan perkembangan Jannah.. kami menunggu dan memerhati setiap langkah jannah... We Luv you... 1. Tak suka dipegang...suker bebas...
2.suka sangat makan yong tau fu... hendak2 makan isi ketam tu...
3.Tak leh tengok playground..mesti tarik baju mama...
4.makin ngade2, gedik santai..tapi tak pe ..mama suker...
5.dah tembam sikit...mamam jer...
6.suker menconteng dan membelek buku mama...mama punyer magazine Pa&Ma mesti koyak punyer..asyik2 nak tengok baby dalam majalah tu jer.....

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Friday, November 16, 2007

Jannah -15 months (08.11.07) & Dinner Raya 2007 Kolej Komuniti Ledang

Jannah dah 15 bulan...dah macam2 yang Jannah tau..yang pastinyer panjang akal tu tetap ader...Perkembangan jannah :
1. Suker duduk atas perut mama--- la ni mama akan suruh dia duduk atas perut abah, lagi best...
2. Pantang nampak mama ngan abah pegang pen ngan kertas --mesti dia amik, pas tu mulut bising..konon nak bagitau apa yang dia nak tulis...
3.Manja sangat dengan abah -pagi2 bangun mesti panggil Bahhh(lembut jer suaranya)..kalau abah drive, tak alih2 mesti pegang lengan abah...
4.kalau ader call masuk jer, mesti sebut Abahhh....
5.Suker sangat makan mee supp....
6.Kalau mama marah, dia mesti datang dekat dan pegang pipi mama...tak jadi marah lah pulak 7.Masuk jer kete, kalau mama nyanyi, dia switch onn radio atau dia akan suruh""kak!!kak!!""(bukak) radio..
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Wednesday, November 07, 2007

JANNAH p GYM & Playground

Pada 2 - 5 Nov ari tu, mama ngan abah p kursus kat Bayview Hotel,Melaka...Mama dapat satu bilik free sebab ada lecturer lain tak dapat datang...so mama bawa along aina untuk jaga Jannah...mama ngan abah kursus dari kul 8.30 -4.30...so, Along aina pun bawa Jannah p gym dan playground yang ada kat hotel tu...petang lak abah layan Jannah mandi swimming pool...
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Sunday, October 14, 2007

SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Aslamualaikum.. Terlebih dahulu, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat hari Raya... maaf Zahir & Batin...kepada semua umat manusia yang ada dimuka bumi ini, tak kiralah saudara mara ker, sahabat handai ker, jiran tertangga ker dlll....
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Riang Ria Hari Raya -sana sini Jannah... 2007

Hari Raya tahun ni memang begitu special kepada mama dan Jannah..sebabnya Abah punya birthday pun jatuh pada hari raya pertama...
To Abah, semoga abah dipanjangkan umur dan sentiasa dilindungi Allah selalu..kami terlalu menyanyangi Abah...
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Wednesday, October 10, 2007

Happy Birthday ...13 Months (08.09.07) & 14 Months (08.10.07)....

Jannah dah 13 bulan Alhamdulillah , Jannah dah pun berusia 13 bulan…Jannah boleh dikatakan penuh dengan keletah yang sering mencuit hati.Antaranya :
1.Dah pandai sebut “tak nak” dan ‘nak” (mengeleng & mengangguk kepala)
2.Dah pandai arahkan orang ambilkan benda yang dia nak dengan menyebut “amik”!!!
3.Dah pandai sebut “Allah” dan cepat2 bentang sejadah bila nampak Abah nak sembahyang..
4. Tunjuk toilet dan sebut “kak!kak!”..suruh bukak baju bila nak mandi..
5.Sebut “baby” bila nampak baby dan suka kiss baby..
6.Suka tepuk tangan, bila mama kata “good girl!!!”
7.Dah pandai sebut nama sendiri “Annah” ..bila kita tanya nama dia
8.Suka makan pegang sudu sendiri dan minum dalam cawan
9.Dan pandai “amin”kan bila mama baca doa sebelum minum susu..
10.Suka sangat ngan ikan, selalu sebut “fish”..tak iralah nampak laut ker, nampak longkang k

Jannah dah 14 bulan
1.Dah pandai menyanyi “La..la…la…”
2.Dah pandai sebut “mamam” bila nampak makanan
3.Suka sangat ngan mainan kereta..mesti main sambil buat mulut muncung bunyi kereta.. 4.Suka enjutkan badan sendiri bila tidur dalam buaian..senanglah babysister !!!

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Thursday, October 04, 2007

31 Ogos 2007 : First Time Mandi Laut..


Petang hari nikah tu, mama ngan abah decide nak tidor hotel kat PD, sebab mama tak selesa bersesak2..mama share lah ngan tok cu, maksu,maklong Saad, tok long Onn n family ... kami stay kat Ancasa Resort..bestnyer,dekat ngan laut...tu yang pagi2 Abah bawa Jannah mandi laut..First time tau Jannah mandi laut ni...

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

30 Ogos & 31 Ogos 2007 :: Pak Long Nikah...


Pada 31 Ogos 2007 yg lepas, Jannah ngan family belah mama telah menerima seorang lagi ahli baru iaitu isteri Paklong ,maklong Zaidah..Maklong Zaidah ni orang Rembau, jadi kami pun telah mengikuti rombongan pengantin...walaupun mama tak berapa sihat, tapi mama tetap sporting,..siapkan hantaran paklong yang berwarna merah putih..

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Sambutan Hari Jadi kat kg..


Ni pulak antara sambutab birthday Jannah yang diadakan di kg,,ramai kanak2 yang stay kat kg datang meraikan...Kek birthday pun gambar ikan, sebab Jannah memang suka ngan Fish...

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Semangat Merdeka..



Alkisah, jannah ni memang anak merdeka..sebab jannah lahir dalam bulan kemerdekaan..tu yang semangat patriotik dan nasionalisme tinggi,,he..he..pantang nampak apa jenis bendera, mesti sebut "Ka"!!! (merdeka!!!!),sambil angkat tangan...nampak kes orang ganu bakar bendera pun, dia akan sebut KA!!!! ,kirakan ini first time dia mengibarkan bendera Malaysia tanda menyambut Hari Merdeka...

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Tuesday, September 04, 2007

Gambar Birthday Jannah...





Ni ader beberapa lagi gambor dari KC yang tak sempat diupload..acrtually gambor ni dah dapat minggu lepas lagi.. disebabkan mama cuti, maka mama tak sempat nak amik dari opis mama.. Apa2 pun Thanks KC sebab gambor2 yang cantik tu... nak tengok lagi gambor jannah, klik kat : http://jannah.myshots.com.my/

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Wednesday, August 15, 2007

Majlis Hari Jadi Nur Jannah***1 Tahun Maaa....Part 1





Ni adalah antara2 persediaan untuk harijadi Jannah... Goodies beg ditempah khas dari : http://www.partythemepark.com

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

JaNnaH's 1st birThdAy Ba$h!!!









Alhamdulillah, syukur pada tuhan atas kesempatan yang diberiNya untuk mengadakan majlis harijadi Jannah yang pertama..Tidak tergambar rasa gembira dihati mama dan abah melihat jannah melangkah kedunia 1 tahun ..Semoga majlis hari jadi ini menjadi ingatan dan tatapan untuk Jannah bila meningkat dewasa nanti.. Terima kasih yang tak terhingga untuk mereka2 yang sudi meraikan majlis harijadi jannah ini..
1.Ikka,Hubby & Trisyia
2.Sab,Hubby & Adam
3.Kak Su,Hubby & Nureen
4.Mimi,Hubby & Najeeb
5.Mimi,Hubby,Farhan & Emily
6.Fateen,Hubby,Danish & Dania
7.Hirda & Hardy
8.Ati,Hubby & A.D
9.Nana,Hubby & Aaqil
10.Eja, Hubby & Aaqid
11.Mai,Zaimi & Syasya
12.Yana & Indah
13.Sue,Annur & Hubby
14.Azie,Auni & Hubby
15.Veevee,Hubby & Dyna
16.Mak,Bapak,Aida & Udin
17.Ayum,Jimmy & Sara
18.Mak Oda, Pak Oda & Adika
19.KC - photografer of the day.. dan tak lupa juga untuk shikin yang telah menjahit baju Jannah yang tersangatlah cantiknyer itu... nak tengok jahitan2 lain yang cantik, bolehlah tengok kat sini : http://girl-charms.blogspot.com/

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Monday, August 13, 2007

Zoo Negara...11.08.2007



Lamer berbenar mama ngan abah tak p zoo negara..So, mama ngan abah bawak Jannah ngan adam,trisyia serta ain p zoo negara..jannah lak macam orang besau, tak nak dipegang..maklumlah dah dapat kaki..semuanyer nak buat sendiri..nasib baik tak masuk kolam ikan..kaki dah satu masuk.,,tak takut binatang lansung... Punyerlah ramai orang, budak tadika2 bermacam2 ruper...tu yang rase agak tak selesa..nak naik train pun tak de chance, kene beratur panjang..dapat gak merasa sekali jer..jadilah!! Takper len kali kita p lagi yer Jannah!!!..
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Thursday, August 09, 2007

Setahun Yang Lalu....

Setahun yang lalu, ketika saat ini mama sedang bertarung nyawa melahirkan Jannah…5 jam mama dalam labour room bersama abah menanti kelahiran Jannah, tapi disebabkan masalah Jannah yang hampir lemas, mama terpaksa merelakan diri untuk di operate.. Sebenarnya due date mama ialah 3 Ogos 2006… Saban hari mama menghitung hari menanti kelahiran anak mama ini..Namun masih tiada tanda2 untuk melahirkan, sehinggalah pada 8 Ogos 2006.Pagi 8 Ogos itu, mama berasa tidak sedap badan dan demam..Sepanjang hari itu, mama hanya berehat di bilik tetamu di opis..sehinggalah pada petang itu ketika menunjukkan jam 6.30 petang, sedang mama bersama abah bangun untuk mengambil wudhuk, tiba2 air ketuban mama pecah..Terus tanpa melengah masa abah menghantar mama ke Hospital Pakar Sultan Aminah, Muar..Mama diperiksa, dan terus dihantar ke labour room…walaupun bukaan hanya 2 cm, tapi sebabkan keadaan bayi yang agak tidak memuaskan, mama disorong ke labour room pada pukul 7.45 mlm..Mujurlah ada Abah yang setia menemani mama dengan memberi kata-kata semangat, menenangkan mama, membisikkan kata-kata hikmat…Namun hampir 5 jam di dalam labour room dengan bukaan hanya 5 cm,mama terpaksa dibedah kerana dikhuatiri baby mama akan lemas… 2.46 pagi…Jannah lahir ke dunia ini..Jururawat membawa Jannah disisi mama untuk mama memberi ciuman kasih sayang mama yang pertama..Syukur Alhamdulillah dengan pemberian ini Ya Allah..Kemudian jannah dibawa kepada Abah..Abah yang mengazankan Jannah..Abah memceritakan ketika itu Jannah terpinga2 sambil memandang tepat wajah Abah kerana mendengan suara Abah melaungkan kalimah suci ..Biarlah Kalimah itu menjadi nadi dalam kehidupan Jannah.. Jannah adalah baby yang terlalu baik..semua orang kata kalau ada 10 orang bayi macam Jannah mereka sanggup menjaganya..Jannah tak pernah menangis malam, tak pernah mengalami kolik,tak cerewet ,…
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Anak mama dah setahun...

Jannah pada ketika ini : 1. Pandai sangat merajuk - baring kat lantai 2. Sudah pandai menyuap sendiri - menyuap gaya sendiri 3.Semua nak buat sendiri.. 4.Sudah pandai cakap walau pun tak berapa clear some words seperti "Pis"(Fish),"Acih"(Terima Kasih),Pi Ket(Tepi Ckit).... 5.Suker sangat iklan yang ader budak2.. 6.Pandai pegang telefon dan letak kat telinga, walaupun senget... FixHTML

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Wednesday, August 01, 2007

Countdown leaving babyhood..

8 hari lagi buah hati mama, Nur Jannah akan meninggalkan “dunia baby”...bagi mama jannah ada lah baby mama selama-lamanyer…sedih ,gembira ,bimbang hati mama ini mengingatkan Jannah akan melangkah 1 tahun.. 1 tahun yang penuh dengan kebahagiaan …Jannah, mama dan abah doakan Jannah akan sentiasa bahagia dalam meniti kehidupan ini sayang.. mama dan abah juga doakan agar jannah sentiasa dibawah lindungan Nya dalam apa jua keadaan..Jannah menjadi keutamaan mama dan abah…segala kasih sayang mama dan abah akan dicurahkan untuk Jannah..setiap detik mama ingin bersama Jannah… ketika jannah membuka mata dipagi hari, mama lah orang pertama yang akan menyentuh pipi jannah..ketika malam tiba, jannah ingin melelapkan mata, mamalah yang akan mendodoi jannah…Mama ingin menjadi orang pertama yang sentiasa disisi Jannah dalam apa jua keadaan…dekat dihati jannah…jannah adalah permata hati mama yang tidak ternilai..mama sayang Jannah!!!
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...