About this blog

Wali - Doaku Untukmu Sayang

wali band

kau mau apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan ku turuti
walau harus aku terlelah dan letih
ini demi kamu sayang

reff:
aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada iIlahi
tuk satukan kami di surga nanti

tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

repeat reff

(Tuhan tolong aku, jaga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)

repeat reff

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

powered by lirik lagu indonesia

Pages

Saturday, December 31, 2011

JR --->1 hari ke 2012 ...Blog Berubah Wajah Konon...

untuk tahun baru 2012 yg akan menjelma 1 hari lagi..
gigihlah nak menukar wajah blog...
godek punya godek banyak tul yg hilang..
tapi demi nak wujudkan mood baru
ku gagahkan diri..hah ko bermain kod2 html..
dah naik muak dah ni..

untuk permulaan tahun 2012 ini..
aku memilih merah + hitam sebagai warna peberet..
memang minat warna ni..tema rumah raya pun warna ni..
rasa macam bertenaga dgn warna ni..
so meh tengok perubahan warna blog aku..
sebelum ni warna adalah soft purple (kategori warna peberet jugak ni)



 so blog kini telah bertukar wajah...



 
Harap2 dengan tahun baru 2012 ni, bukan blog sajer yg berubah, 
segala perbuatan yg tak berapa elok pun akan berubah...amin..



 

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Thursday, December 29, 2011

JR --> @ Qdess Holiday Camp, Disember 2011





Bulan Disember 2011, JR cuti sekolah lama..hampir2 dekat sebulan..
Menariknya, Qdees ader buat program utk2 students2 yg berminat..
So aku pun hantar lah JR pi masuk program tu..
Aderlah jugak xtvt yg dorang boleh buat..
Taklah boring sangat kan..
xtvt sepanjg hari isnin - jumaat..
lagipun pakai pakaian biasa..so dah tentu mood bersekolah pada 
musim cuti x dirasakan sangat..ye lah tu..
Setiap hari xtvt adalah berbeza…
jannah buat sendiri popia..heheh..
Bayaran pulak ialah rm230 per head,,
aktiviti start  dari kul 8.30 pagi - 12.45 tgh..
so terisi jugak masa2 cuti dorang dgn xtvt…

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

JR ---> Dapat jugak tumbler tupperware warna purple...

 
hahahha...rasa2 ader tak org jealous ni biler bacer entry aku..
hahahah....
jangan marah yer..akhirnya dapat jugak aku mini tumbler ni warna purple..
warna purple ni kirakan antara warna peberet aku selain merah..
lagipun edisi nak dapatkan mini tumbler purple ni punyalah susah..
kener beli 8 tumbler warna lain baru dapat yg purple atau pink...
tak pilih pink, sebab warna dia soft sangat...




geram punya geram, akhirnya aku sambar jer 8 bijik tumbler tu..
beli kat izan..yg syoknyer boleh bayar ansuran, 2 @ 3 kali..syok3..
lagi pun izan cakap 3 bijik tumbler tu dah ader org nak beli..opismate aku...
so tinggallah 6 bijik tumbler..janji warna purple harus ader,,,

balik jer kejer aku terus lah simpan tumbler2 tu..
sebelum tu amik gambar dulu..
ingatkan JR syok tengah tengok TV..
sekali terkantoilah biler JR tiba2 muncul ke  dapur..
kantoi yg mama dorang ader botol air yg cute miut..
apa lagi masing2 dah chop nak bawak ke qdees..
yg bestnyer Jannah pilih purple, adik pilih warna hijau & kuning (dua lagi)..
adoi tak merasalah mama ko nak simpan...
janji jangan hilang yer..nanti mama tulis nama korang besar2 kat tupperware tu...
tengok tu masing2 beraksi ngan peberet tumbler masing2..
 



pastu dah alang2 leh bayar 2,3 kali kan....
mama pun tambahkan koleksi tupperware..
terpikatlak ngan design yg ini..so amiklah..
nak simpan kat mana pun dah tak tahu...huhuhu...




so dah habis bayar yg ni, boleh tambah koleksi lagi...
heheheh...


❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Wednesday, December 28, 2011

JR ---> SBPA oh SBPA..dah sign ker???

 
maklumat lanjut tentang sbpa..klik sini dan sini serta sini jugak...



La ni semua PA (penjawat awam) kat Malaysia ni tengah
kecoh2 + pening fasal sbpa ni kan..
Kat opis aku pun mcm tu..dapat jer info dah boleh 
amik borang utk ditandatangan..
So esoknyer pagi2 after bekpest pi meja kak Y..
terus amik borang..
Sebelum tu, kitaorg dah dapat maklumat tentang sbpa 
melalui taklimat wakil JPA kat KK Segamat..
So fahamlah jugak konsep sbpa…yg paling kener faham tentang gaji ler kan..
itu perkara menarik..
Hahhaa,,saper yg x suker gaji naik..kan????
Masa amik borang tu, kak Y bagi bawak balik dan baca..fahami betul2..
Yg ader kat borang tu cuma gaji kalau pilih sbpa dan juga opsyen persaraan…
Aku malas nak fikir2 lebih lanjut..buat pening kepala aku jer..
tengok gaji dan pilih opsyen bersara..setuju…
Aku pilih bersara pada umur 56 tahun…best3…..
Aku terus jer sign..kirakan aku antara org2 terawal kat opis yg sign pilih sbpa..hahha
Harap2 sistem sbpa ni mampu memberikan kepusan kepada semua PA….





alhamdulillah..gaji pun ader naik cikit..
lepaslah nak bayar tusyen2 Jannah nanti...
tatata....


❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

JR---> Jannah masuk TAJ (Tadika Agama Johor) @ 2012

 
Tahun 2012 akan datang , Jannah akan masuk TAJ..
bab ini aku akan masukkan dalam entry khas yer..
yg pasti tahun 2012 adalah tahun kebizian...
 
so bagi yg tak tahu lagi apa itu TAJ..meh kita tengok informasi ringkas..
dicedok dari sini...
 (aku pun baru tahu..hehehe..nama jer org johor)...
 

Apa itu TAJ ??
Program pendidikan Prasekolah Tadika Agama Johor ( TAJ ) merupakan satu program pendidikan yang menitik beratkan perkembangan murid secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang sebagai persediaan diri untuk menghadapi alam persekolahan. Mula diasaskan pada tahun 2001 dan beroperasi di beberapa buah sekolah Agama Kerajaan Johor yang terpilih 

Matlamat TAJ 
Matlamat pendidikan TAJ adalah untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek pertumbuhan dan perkembangan diri secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu yang meliputi aspek jasmani, emosi, intelek dan sosial.

Objektif TAJ
1.      Memupuk semangat cinta dan sayangkan agama, bangsa dan negara.
2.      Memupuk kemahiran asas membaca Al-Quran dan menulis jawi
3.      Menghormati dan menggunakan Bahasa Melayu dengan baik sebagai Bahasa Kebangsaan
4.      Memperkenalkan Bahasa Arab sebagai Bahasa Al-Quran dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
5.      Memupuk kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
6.      Membentuk konsep diri yang positif serta memupuk semangat bergaul, disamping menghormati dan menghargai hak dan kebolehan orang lain

Syarat-syarat kemasukan
1.      Warganegara Malaysia
2.      Berumur 5 atau 6 tahun pada tahun berkenaan

Pendaftaran dan yuran
1.      Yuran bulanan sebanyak RM20.00 ( * tertakluk kepada pihak sekolah )
2.      Pembayaran lain tertakluk kepada keperluan sekolah

Kurikulum
Kurikulum  Program pendidikan TAJ disediakan berdasarkan kepada kesesuaian dan kemampuan kanak-kanak berusia 6 tahun. Matapelajaran yang diajar adalah seperti berikut :
a.     Asas Tilawah Al-Quran dan Hafazan
b.     Asas Fardu Ain
c.     Asas Bahasa Melayu
d.     Asas Bahasa Inggeris
e.     Asas Matematik
f.        Asas Jawi dan Bahasa Arab
g.     Asas Sains
h.      Asas Pendidikan Seni

Ko-Kurikulum
Ko-kurikulum pendidikan prasekolah TAJ menekankan aspek amali, aktiviti  dan pergerakan asas yang berteraskan syariat Islam seperti:

a.     Pendidikan Jasmani
b.     Lawatan Sambil Belajar
c.     Majlis Keraian Islam
d.     Hari terbuka
e.     Tilawah Al-Quran
f.        Sukan Tahunan
g.     Konvokesyen


❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Friday, December 23, 2011

JR --> Didiklah Anak Anda dengan ....

 

hari ni nak share tips2 untuk menjadi ibu bapa terbaik..
sangat bagus untuk dijadikan pedoman..
di copy paste dari blog zana..
thanks zana yer...


 
actually, makin takut apabila anak2 mula nak membesar...
takut dan tertanya2 mampukah aku mendidik zuriat2 ku??
macamana biler mereka besar nanti??
apa kah perangai mereka??..
macam2 persoalan yg timbul...
marilah kita berdoa agar zuriat2 kita menjadi hamba yang solleh dan sollehah..
yg beriman kepada Allah dan tentunya berbakti kepada org tua...
amin....
dan antara tips2nya ialah --->

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
Ya Allah, aku selalu hukum JR dengan cubit ni...kener ubah ni...

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita
:: nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
ni pun selalu juga terrrr........

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya
:: Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke 
bahagian otak Sabda Rasulullah s.a.w.
Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
:: Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
insyallah....Jannah & Rizqi..

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari 
:: (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
insyallah...alhamdulillah memang dipratikkan setiap hari..harap2 sampai2 bila2 lar..

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang 
:: (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin 
diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan 
:: (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
insyallah akan dipertingkatkan..kdg2 lupa...

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak
yang sedang berkembang.  
:: Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami 
setiap perkara termasuklah berbuat silap.
ok..

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga 
 :: (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. 
Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
keluarga first...(kalau tak der pilihan...)..tapi dua2 pun penting..kita berkerjaya utk family gak..

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. :: Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
kadang2 terlupa...

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda 
dengari lagi pada masa akan datang
:: Tunggu giliran anda untuk bercakap 
(Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
yer betul..walau pun dia bercerita beribu2 kali...tahanlah telinga..haha

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri.
:: Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah
:: Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
insyallah..dipratikkan sampai bila2...

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. :: :: Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka
:: Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam 
kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda
:: Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda
:: Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. 
Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna
:: Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. 
:: Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. 
:: Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. 
Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
  yang ni touching..sedih...
 
Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”



besarnya amanah yg Allah berikan ini..
semoga kami mampu menggalasnya..
 




❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Tuesday, December 20, 2011

JR---> Wilshlist 2012

Tahun 2011 akan berakhir tak lama lagi..
kira2 dalam 10 hari lagi…
Akan menjelma tahun 2012..
Sekejap jer kan..pejam celik..pejam celik setahun berlalu begitu sahaja....
Apa yg anda capai tahun 2011?..
Tercapaikah azam2 anda dulu??...
Hahah seperti biasa, mudah sajer kan kalau tak tercapai..
Carry forward…

Aku tak pernah coretkan apa2 wishlist aku utk tahun2 yg lalu dalam blog..
Walaupun banyak wishlist yg terlintas difikiran..
Untuk tahun 2012 ni, aku nak try buat wishlist aku..

Senarai impian ini cuma sebagai panduan sahaja..
Sebagai pembakar semangat yer..
Bukan mandatori kener dapat @ capai..
Tapi kalau dapat mencapai matlamat…
Alhamdulillah…
Tak pun Paling kurang 50% kan..haha
dari 6 wishlist, dapat capai 2,3 pun dah cukup baik….
Ok, meh tengok wishlist aku utk tahun 2012…


1.      Nak tambah zuriat
Kategori wajib…haha..since Rizqi dah nak masuk 4 tahun ni..aku rasa ini peluang terakhir aku utk pregnant…kalau diizinkan Allah dapat permata hati 3 orang pun dah tesangat bersyukur..maklumlah Jannah & Rizqi pun dua2 ceaser…jantina baby lelaki @ perempuan x kisah…
Harap2 peluang pregnant ni akan dimakbulkan Allah utk tahun 2012..pastu dah leh tutup kilang..fokus kpd 3 org..Insyallah..amin…
Kalau Berjaya pregnant, ader wishlist lagi…hahahah….

2.      Nak beli camera dslr yg comel
Hahaha…ini lagi satu wishlist aku…aku memang ader kamera compact yg diusung kemana sahaja ..ringan..boleh letak dalam handbag..dibeli pada tahun 2007..kirakan dah masuk 5 tahun dah kamera tu…klik sini... kondisi kamera masih elok lagi..tapi tak canggihlah..gambar pun tak berapa cantik (alasan jer)…
Kalau dapat kamera sony nex3 atau Panasonic lumic gf2 kan bagus…barulah tiap2 hari leh updated blog..sekarang ni malas nak amik gambar..x der mood konon...haha..apalah sangat blog tanpa gambar..kan???

3.      Nak beli gadget samsung galaxy tab pluss @ Samsung galaxy note
Ni wishlist yang ketiga..org lain dah campak2 samsung tab ni..aku baru nak buat wishlist …janji aderkann..aku ni sebelum tidur memang suka surfing internet..tengok drama korea lah.tengok youtube lar…so alangkah manisnyer hidup kalau dapat guna gadget2 yg canggih manggih ni kan…kan abangkannnn.....actually aku ni memang peminat NOKIA..selama aku pakai hp ni, tak pernah tukar brand hp..tu lar kali ni, kena beralih angin...ikut perubahan..


4.      Nak upgrde bilik jannah
Ok ni wishlist aku yg ke-4, harap2 dapat terlaksana sebelum Jannah masuk darjah 1..aku nak decorate bilik jannah seperti yg diimpikannya..nak buat built in furniture..maklumlah tahun 1 ni dah tentu banyak buku, dgn buku sekolah agama lagi..homework pun banyakkan…beg sekolah lagi..so harus provide bilik yg proper kan..ader rak letak buku, ader meja study yg selesa, ader rak letak beg2 sekolah yg berasingan tu..beg sekolah rendah, beg sekolah agama, beg tuisyen, beg ngaji …
bilik yg ader sekarang pun lebih kearah bilik main..penuh ngan toys…




5.      Nak bercuti dekat2 jer--à (leh caya ker ni???)…
Wishlist aku yg ke 5 ni bermaksud aku nak bercuti dekat2 jer..yg tak memerlukan banyak duit shopping..maklumlah wishlist no 1 tu dah cukup berat…say no to bandung, say no to ho chi min…kalau boleh nak pi dekat2 jer..contoh USS (Singapore), genting ker, pulau2 @ terengganu atau kat pangkor…after wishlist no 1 terlaksana baru leh jalan2 jauh..pi brunei ker..pi korea ker @ pi mana2 lah…hahah…

6.      Nak kuruskan badan..
Hahaha..ni boleh dikatakan wishlist sepanjang hayat..aku nak turunkan sampai 65 kg pun dah kira ok…keener tambah usaha ni…keener manfaatkan sauna yg ader…nak suruh mr syahrir buat statement kalau berjaya dapat turunkan sampai 65 kg, hadiahnya Samsung note!!..huhuhu…agak2 berjaya tak??.....


Wishlist diatas hanya untuk tahun semasa yg dinyatakan..
bukan wishlist sepanjang hayat yer..kecuali yg no 6 tu..heheh
seperti yg dinyatakan awal2, wishlist2 ini bukanlah WAJIB utk dicapai..
memerlukan banyak  usaha dari segi RM, masa,tenaga, niat dll…

harap2 tercapai..kalau tidak tercapai bawk tahun 2013 lak..
senang bukan???....
takpun kalau tak leh capai dalam masa 2 tahun,secara rasminya
wishlist telah bertukar menjadi BLACKLIST..
hahaha..
ada faham kar adik manis???


❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Tuesday, December 13, 2011

JR ---> @ potong Jambul Khairynn

Assalamualaikum..
kategori entry : lambat cikit..cikit jer..hahaha
draf drah lama siap..cuma tak ternampak utk publish..
ok, majlis potong jambul diadakan pada bulan nov hari tu,,
kirakan baby khaeiryn ni anak buah mama lar..mama dia sepupu mama..
dua pupu JR...
so jom kita tengok gambar majlis potong jambul baby khairyn ni...
papa baby
cute...
semoga baby khairyn akan menjadi anak yg solehah..amin
 

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...