Apa itu TAJ ??
Program pendidikan Prasekolah Tadika Agama Johor ( TAJ ) merupakan satu program pendidikan yang menitik beratkan perkembangan murid secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang sebagai persediaan diri untuk menghadapi alam persekolahan. Mula diasaskan pada tahun 2001 dan beroperasi di beberapa buah sekolah Agama Kerajaan Johor yang terpilih
Matlamat TAJ
Matlamat pendidikan TAJ adalah untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek pertumbuhan dan perkembangan diri secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu yang meliputi aspek jasmani, emosi, intelek dan sosial.
Objektif TAJ
1. Memupuk semangat cinta dan sayangkan agama, bangsa dan negara.
2. Memupuk kemahiran asas membaca Al-Quran dan menulis jawi
3. Menghormati dan menggunakan Bahasa Melayu dengan baik sebagai Bahasa Kebangsaan
4. Memperkenalkan Bahasa Arab sebagai Bahasa Al-Quran dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
5. Memupuk kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
6. Membentuk konsep diri yang positif serta memupuk semangat bergaul, disamping menghormati dan menghargai hak dan kebolehan orang lain
Syarat-syarat kemasukan
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 5 atau 6 tahun pada tahun berkenaan
Pendaftaran dan yuran
1. Yuran bulanan sebanyak RM20.00 ( * tertakluk kepada pihak sekolah )
2. Pembayaran lain tertakluk kepada keperluan sekolah
Kurikulum
Kurikulum Program pendidikan TAJ disediakan berdasarkan kepada kesesuaian dan kemampuan kanak-kanak berusia 6 tahun. Matapelajaran yang diajar adalah seperti berikut :
a. Asas Tilawah Al-Quran dan Hafazan
b. Asas Fardu Ain
c. Asas Bahasa Melayu
d. Asas Bahasa Inggeris
e. Asas Matematik
f. Asas Jawi dan Bahasa Arab
g. Asas Sains
h. Asas Pendidikan Seni
Ko-Kurikulum
Ko-kurikulum pendidikan prasekolah TAJ menekankan aspek amali, aktiviti dan pergerakan asas yang berteraskan syariat Islam seperti:
a. Pendidikan Jasmani
b. Lawatan Sambil Belajar
c. Majlis Keraian Islam
d. Hari terbuka
e. Tilawah Al-Quran
f. Sukan Tahunan
g. Konvokesyen
0 pesanan:
Post a Comment