About this blog

Wali - Doaku Untukmu Sayang

wali band

kau mau apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan ku turuti
walau harus aku terlelah dan letih
ini demi kamu sayang

reff:
aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada iIlahi
tuk satukan kami di surga nanti

tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

repeat reff

(Tuhan tolong aku, jaga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)

repeat reff

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

powered by lirik lagu indonesia

Pages

Friday, December 23, 2011

JR --> Didiklah Anak Anda dengan ....

 

hari ni nak share tips2 untuk menjadi ibu bapa terbaik..
sangat bagus untuk dijadikan pedoman..
di copy paste dari blog zana..
thanks zana yer...


 
actually, makin takut apabila anak2 mula nak membesar...
takut dan tertanya2 mampukah aku mendidik zuriat2 ku??
macamana biler mereka besar nanti??
apa kah perangai mereka??..
macam2 persoalan yg timbul...
marilah kita berdoa agar zuriat2 kita menjadi hamba yang solleh dan sollehah..
yg beriman kepada Allah dan tentunya berbakti kepada org tua...
amin....
dan antara tips2nya ialah --->

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
Ya Allah, aku selalu hukum JR dengan cubit ni...kener ubah ni...

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita
:: nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
ni pun selalu juga terrrr........

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya
:: Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke 
bahagian otak Sabda Rasulullah s.a.w.
Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
:: Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
insyallah....Jannah & Rizqi..

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari 
:: (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
insyallah...alhamdulillah memang dipratikkan setiap hari..harap2 sampai2 bila2 lar..

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang 
:: (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin 
diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan 
:: (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
insyallah akan dipertingkatkan..kdg2 lupa...

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak
yang sedang berkembang.  
:: Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami 
setiap perkara termasuklah berbuat silap.
ok..

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga 
 :: (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. 
Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
keluarga first...(kalau tak der pilihan...)..tapi dua2 pun penting..kita berkerjaya utk family gak..

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. :: Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
kadang2 terlupa...

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda 
dengari lagi pada masa akan datang
:: Tunggu giliran anda untuk bercakap 
(Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
yer betul..walau pun dia bercerita beribu2 kali...tahanlah telinga..haha

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri.
:: Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah
:: Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
insyallah..dipratikkan sampai bila2...

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. :: :: Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka
:: Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam 
kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda
:: Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda
:: Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. 
Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna
:: Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. 
:: Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. 
:: Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. 
Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
  yang ni touching..sedih...
 
Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”



besarnya amanah yg Allah berikan ini..
semoga kami mampu menggalasnya..
 




❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

0 pesanan:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...