About this blog

Wali - Doaku Untukmu Sayang

wali band

kau mau apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan ku turuti
walau harus aku terlelah dan letih
ini demi kamu sayang

reff:
aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada iIlahi
tuk satukan kami di surga nanti

tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

repeat reff

(Tuhan tolong aku, jaga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)

repeat reff

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

powered by lirik lagu indonesia

Pages

Thursday, August 28, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK & SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA



Assalamualaikum w.b.h.


Antara Persiapan2 Menjelang Ramadhan


# Persediaan diri untuk berpuasa.Seminggu sebelum berpuasa kita dikehendaki mengurangkan kadar makanan kita dan lebihkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan pembuangan air besar lawas.


# Memahirkan diri dengan segala rukun,sunat, harus, makruh yang berkaitan dengan puasa pada Ramadan, sunattarawih dan lain-lain lagi.


# Membiasakan diri bangun pada sepertiga malam untuk bertahajud, mendekatkan diri pada Allah. Sebagai persediaan membiasakan tarawih dan tahajud pada Ramadan. Ramadan adalah bulan rukuk dan sujud.


# Memperuntukkan beberapa jumlah wang untuk dijadikan sedekah jariah dan zakat fitrah. Bagi mereka yang sudah akil baligh, maka belajarlah membayar zakat fitrah sendiri.


# Rancang strategi tersusun untuk memperbanyakkan hafalan, bacaan,tadabbur, tadarrus al-Quran.


# Melatih dan membentuk diri bersifat mahmudah, sifat terpuji seperti sabar,membanyakkan senyuman kepada sahabat dan kerabat. Merendam sifat mazmumah, sifatkeji seperti memfitnah, mengumpat dan mengata orang. Kurang bercakap lagha(merapu), tidak berbahasa lucah, kotordan keji.Oleh itu, dengan persediaan ini kita sematkan azam masing-masing untukmencantikkan dan sempurnakan amalan fardu yang wajib dan membanyakkan amalan sunat pada Ramadan.


Insyaallah.


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan

" "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Dipetik dari : halaqah.net & isuhangat.blogspot.

Oleh itu kami terlebih dahulu "memohon maaf" jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.


"Selamat Menyambut Ramadhan"

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Monday, August 25, 2008

Esok aku kursus lagi..

Esok aku kursus kat Hotel Everly Melaka..Tanjung Keling..
Kursus Network..maklumlah pegawaimultimedia..keh..keh..
Lama lak kursus ni, 25 - 29 ogos 08
anak2 memang aku dah siap2 hanto kat kg..
Aduihhh jannah,Rizqi..mama pasti rindukan kalian..
nanti mama calling2 yer....mama sayang anak2 mama..
jgn notty2 tau..dengar cakap nenek..
jannah jangan nak "ler" jer..nak gula..nanti gigi tak cantik..
tak leh jadi model ubat gigi..keh..keh...

** Hubby pun p kursus kat Tanjung Karang...adoii..
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Selamat Bertunang Along Faezah & Fakri

<



Si comel Jannah
Sabtu lepas, lepas isyak, Along faezah ngan bopfrennyer Fakri telah ditunangkan ...
Alhamdulillah, rasa2 nya mereka dah lama kawan..dah dekat 4 tahun kot..masa study kat Uitm Arau perlis..
sekarang mereka sambung degree kat upsi, nak jadi cikgu..
Insyallah bulan 12 ni, mereka akan disatukan..
Kirakan Along Faezah ni, pangkat mak sedara ngan mama, so pangkat Tok Long ngan Jannah & Rizqi..Keh..kehh....
sangat rapat ngan mama, Jannah & Rizqi..

Rizqi Kene kiss

Sukernyer ramai pompuan pegang2


Majlis pertunangan dijalankan lepas Isyak..rombongan fakri dari nun jauh, kedah tuu..
kirakan pertunangan ni melibatkan Utara Selatan..
Majlis berjalan dengan lancar dan meriah..
Along faezah malam tu macam pengantin..macam nak nikah..
anggun dan jelita gitu...


So, Abah tak melepaskan peluang merakamkan detik2 istimewa itu..
Jannah ngan Rizqi seperti biasa, maintain Ok bila bab2 enjoy dan meriah ni..ndak2 Rizqi tak ngantuk lansung..
Untuk along faezah & Fakri, selamat menjalani tempoh bertunang..tak sabar nak tunggu bulan 12, pengantin 4..
So minggu depan 31 ogos, adik along faezah lak akan bertunang, iaitu angah afzan..makan2 lagi lah kejernya...Kita enjoyyyy
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Friday, August 22, 2008

Kisah Cuti Sem


Aku ngan hubby cuti sem seminggu..plan awal2 nak bawak jannah ngan Rizqi jalan2..maklumlah jannah lamer tak mandi swimming pool..tapi disebabkan terserempak ngan cuti sekolah aku ngan hubby terpaksa membatalkan niat ini..sebab utamanya, call hotel, regenya up giler2 punya, pas tu aku dapat bayangkan hotel yang sesak ngan orang, sure servicenyer tak berapa nak OK, pas tu ngan swimming pool dia yang ramai org, dengan airnyer yg kotor lagi..pantai yg crowded..kedai makan yg ramai org..arghhh tidakkkkk....so aku ngan hubby bercadang nak p ari tak cuti sekolah..damailah ckit...sabaryer anak2 ku sekelian (ciss mcm ramai jerr)..mama janji sebelum habis tahun ni kiter p mandi beach yer..oraitt!!! mcm tu anak mama..muachhh ckit...
Cuti ni selain balik muar ngan segamat, melepak kat umah..maklumlah aku pun nak peksa PTK, tapi pegang buku 5 m,init dah boring..yg banyaknyer melayan 2 orang adik badek ni..Jannah ngan Rizqi punyerlah suker..asyik ketawa..ndak2 Jannah..banyaklah aktiviti dia ni...bil api sure naik bulan ni..maklumlah aircond on 24 jam..
Oleh kerana tak dapat mandi swimming pool, hubby aku bukakkan mini swimming pool yg dah lamer beli maser jannah baby lagi..Jannah ni excited giler, sampai kan meraung2 tak nak masuk rumah..dah menggigil2 pun masih nak mandi lagi..aku geram, terus jer angkat..satu taman dengan jannah melalak2 ni..ishh sabar jer..bagi pun salah, tak bagi pun salah...hah, bil air pun mesti naik bulan ni...



Sukernyer anak mama ni




Ratu Kolam


Rizqi bengang jer tengok kakaknyer mandi...


❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Thursday, August 21, 2008

Peksa PTK


Ya Allah hari ni aku amik exam PTK...aku ni tak rabis2 peksa PTK..masuk ni dah 3 kali aku amik, bukan tak lulus, tapi tak cemerlang..keh..keh...tak dapat 4-4..dapat 3-3...mana taknya, malas nak study....so, kali ni aku study gak main2..harap2 dapatlah jawab...
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Lawatan Mimi@mamaFarhan&Emily



Isnin lepas, mimi n co datang singgah rumah..mula2 janji nak jumpe kat KFC tangkak, tapi disebabkan farhan tido, make plan pun ditukar kerumah aku...apa lagi, kelam kelibut rumah aku disebabkan bebudak 3 orang tu..siapa lagi Jannah,Farhan & Emily..Rizqi lak maintain encen jer..tapi yg pastinyer kitaorg mak bapak boleh berbual panjang..aku ngan mimi mcm dah kamceng jer, walaupun dunia fotopages yg menemuikan kiter..keh..keh..Si Jannah lak punyer lah kedekut ngan si Farhan, ader ker berebut2 buku Thomas tu..
Mimi,, ko jgn serik datang umah aku tau..

3 org budak2 yg notty...
Thanks mimi bagi hadiah kat jannah..suker kemain..tak hengat dunia..


❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Tuesday, August 19, 2008

Kursus Protokol & Etiket sosial 11-14 ogos 2008


Peserta kursus..
Sebagai penjawat awam yang baik dan bagus punyerrr,aku kener pi kursus sekurang2nyer 7 hari setahun..so minggu lepas aku kener p kursus etiket sosial ni..di Polyteknik Sultan Azlan Shah, Behrang perak..aku memang minat kursus ini..aku memang pilih..tak sangka lak terpilih.. kursus start hari isnin, hari ahad malam tu aku ngan hubby dan hantar permata hati kami balik kg..nenek jaga..punyerlaer suker satu kg menerima kepulangan budak2 tu, jannah ngan Rizqi..siap tanya lagi..biler nak p kursus lagi???
Oleh kerana ekonomi tengah gawat dan kerajaan syorkan supaya berbelanja ngan hemah. kursus tak leh buat kat hotel..so kami yg seramai 20 org ni kener stay kat hotel yang poly sediakan iaitu Anjung Inn..aku kener duduk sorang, dek kerana terpengaruh ngan iklan hantu2 poyo TV3 aku pun dengan rasa kuatnyer mengangkut tilam aku kebilik kawan aku di tingkat satu..menumpang kasih dibilik Azila dari hulu langat..sib baik dia terima..keh..keh,..punyalah penakut..
Petang habis jer kursus aku ngan geng p jalan2 kat tanjung malim..aper lagi window shopping,,boleh tahan gak tanjung malim ni...semua ader...
Proton City, Tanjung Malim

So far kursus ni Ok dan best..banyak yang aku tahu..penceramah kitaorang seorang askar iaitu Mejar Qayyum..dia banyak tulis buku..sempat gak aku membeli 3 buah buku..murah!!!...

Mejar Qayyum

Buku-buku yang ditulis Mejar Qayyum.

Mejar qayyum macam selebriti

Aku ngan geng2

Yg paling best malam sebelum balik tu ader pratikal makan malam..etiket di meja makan...pastu makan macam2 lak....menggigil2 kitaorang nak gunakan segala peralatan dimeja makan mengikut jenis makanan...tapi syok, banyak ketawa dari makan.

Pratikal makan malam

Dapat sijil..tanda tamat kursus..


❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Friday, August 15, 2008

XTVT hujung minggu -9 0gos 2008

Jannah tengah berselera makan...
sedapnyer lauk org kawin ni...

Rizqi..lena di dodoi karaoke...

Selepas majlis birthday Jannah ari tu, kami dapat undangan perkahwinan ex staf kolej aku..actually Hairina ni pratikal kat kolej aku, diletakkan bawah unit aku..so, aku ngan hubby n anak2 memang plan nak datang wedding hairina ni..masa p tu saing lak ngan Zai ngan student2 kolej... Rizqi tengah org karaoke sekuat2 dunia tu, dia leh tidor...
Pengantinnya, Hairina ni memang cantik..


cantikkan pengantin ni..serba hijau..


Temanya hijau..menyempat gak aku amik gambo ngan perantin...

Aku, Rizqi, Hairina ngan Zai..


❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤

Monday, August 11, 2008

Time to party...Jannah 2nd Birthday Party..






Kad birthday



Alhamdulillah....atas izinNya maka terjadilah peristiwa majlis hari jadi jannah yg ke-2 ini...tak dapat digambarkan dengan kata-kata bahawa kami amat gembira dgn sambutan majlis ini...sebenarnya cadangan untuk mengadakan majlis ini telah wujud 1 minggu sebelum hari lahir Jannah..mama mengutarakan cadangan dan abah dengan sporting telah setuju 100% tanpa bantahan.,.thanks abang...dari tahun 2007 lagi, after 1st birthday jannah, mama dah berkira2 nak buat birthday jannah,,,mama suker sangat dengan no 08.08.08 ni..bukan senang nak dapat..sekali dalam hidup...
So, segala preparation dilakukan di saat2 akhir..maklumlah minggu bz sebab kolej diaudit.ISO..Aku buat kad jemputan , hubby lak buat bunting...


Bunting..hubby design




Hubby banyak membantu, dialah yg membungkus goodies bag,buat check list dan memberi idea untuk bagi prezent kat kanak2 yg hadir...thanks sayang,,,tahun depan ader rezeki kiter buat lagi kkk...muachhh...Goodies bag

Cenderahati untuk kanak2 yg hadir..


Jannah punya mood hari tu adalah seperti biasa, berkepit jek ngan aku ngan hubby ..lagi ramai org, lagi pemalu sifatnya.ntah ikut perangai sapa?? Aku pun tak tahu....Rizqi lak, boy encem mama tu..maintain ok jer,,berbunyi biler nak susu jer..Sayang anak2 mama ni...

Jannah yg notty



Rizqi yg maintain



Makanan ,minuman dan decoration telah dibuat oleh Faiz dan anak-anak buahnya ( student2 bakery)..thanks tidak terhingga atas penat lelah untuk menjayakan majlis ini dari mula persiapan hingga tamat majlis ini..kata hubby aku ayam bbq tu memang sedap..yummy..yummy..tapi sayang aku tak sempat makan, maklumlah tuan rumah...
Antara menu yg ada pada malam tu ialah ayam/ikan/hot dog BBQ, mee hoon singapore,nasi goreng nanas, garlic & mushroom sup, french fries, salad, coslow, roti canai,castard jagung,kek, cup cakes ,buah-buahan,,,


Kek dan cup cakes telah dibuat oleh Sulaiha..sayangnya,majlis malam tu dia tak hadir, sebab p penang utk majlis perkahwinan kawannya,,,,memang sedap kek coklat tu...pekat giler..kalau kat kedai tak dapat mcm u...

Best tul makan..



Antara acara yg berlansung pd malam tu ialah :
Pukul 9 :: acara penting, apa lagi?? Makan-makanlah..
Pukul 9.30 :: bacaan doa selamat
Pukul 9.35 :: Nyanyian happy birthday to you dan acara potong kek...

Potong kek

Kami ingin mergucapkan terima kasih kepada pihak kolej kerana mengizinkan kami menggunakan kemudahan kolej bagi merakam peristiwa yg amat bermakna dalam hidup kami,,,
Begitu juga utk tetamu2 yg hadir..Hampir 85% dari yg dijemput dapat hadir.Thanks kepada kawan-kawan kolej yg sudi datang utk berkongsi kegembiraan ini.

Hadiah ..thanks..

Antaranya ialah:
1.Bos kolej, En Razak dan isteri
2.Ustaz Hashim dan anak-anak
3. Zaidah
4.Kak Suzi dan anak-anak(mohd,Husna & Huda)
5.Azi,Yusry & Alya
6.Tipah & Qaseh..
7.Hafiz Syukur,Suzi & Husna
8.Diana & Asmah
9.Syukri,Normah,Aina&Aini
10.Halim
11.Hafiz Hamdan
12.Maliki
13.Kak Rohaizah & Hanafi
14.Kak Halina, Izzati
15.Kak Rodziah & anak-anak
16.Mas Ayu & hubby
17.Mak Minah (nenek), Muntaz ( Mak Oda) & Muaazz (Muksu) – pengasuh Jannah&Rizqi...
19.Abu
20. Faiz & students...

Malam tu, kami balik rumah dalam kul 1130 malam setelah serahkan segalanya pada Faiz & geng, . punyalah penat agaknyer, sampai kul 9 pagi baru Jannah ngan Rizqi bangun..
Insyallah, tahun depan kalau ader rezeki, kita jumpa lagi...

Jannah anak merdeka...Berkepit jer ngan abah..


❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...