19/12/2007 ---Sehari sebelum hari Raya Haji Aidiladha ari tu, abah & jannah ikut mama p buat check up kat Ng Meternity Specialist..Dalam perjalanan, mama nampaklah satu kedai apek jual basikal..mama memang dah lama nak beli basikal untuk Jannah.. so, mama ngan abah pilih warna biru..kot2 bakal adik jannah boy, so dia boleh guna sama..he..he..memang hati tak tahan jer tengok basikal pink, tapi sabar kan ajer..


Malam tu, on the way dari muar nak balik segamat Jannah demam lak..mula2 malam tu plan nak balik segamat..tapi singgah kat umah tangkak, terus bagi Jannah ubat dan tidur..pagi2 raya tu baru bertolak ke segamat… so hari raya haji ni, jannah dalam mood demam..kejap ok, kejap tak ok… Mama memang tak suka kalau jannah demam… hendak2 bila dia batuk.. sakit hati dengar bunyi tu..walaupun dia tak banyak ragam, tapi rengek sikit2 tu mesti ader…lagi satu bab makan ubat, jannah ni ikut mood..kalau dia ader mood nak makan, siap tunjuk kat ubat dan cakap “nak”..tapi kalau tak de mood, mesti merengek2, tapi tak de sampai meraung..Cuma kena guna trick jer… Sebab tu,bila p klinik amik ubat, mama mesti rasa dulu ubat tu..ok ke tak ngan Jannah…

❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤