salam...
bersiaran dari Hotel Prescot Klang...
hari ni wedding sepupu hubby aku kat kg rantau panjang, Klang..
hari khamis dan Jumaat aku dan hubby cuti..cuti rehat ganti cuti bertugas masa konvo..
khamis bercuti di PD ..nanti ader masa aku updated citer tu yer...
nak beri laluan pada Astro Ria now - preview NUR KASIH the Movie @ Prescot Hotel..
hati meronta2 nak tengok..aku memang follow citer ni..
jalan ceriter yg menarik... ader ketuhanan, percintaan, persahabatan, kekeluargaan..
editting n suntingan yg memang klass..
tempat penggambaran yg best..
dan yg penting pelakon yg aku suker..Fizz Fairuzz ( watak Aidil) .....
masa drama dulu, aku mengharapkan miracle berlaku..
aku harapkan aidil yg berkahwin ngan nur amina..
hahaha..terbalik aku ni..
org lain harapkan kebahagiaan Adam ngan Nur Amina..
tapi Nur Kasih The Movie ni berbeza..
kata director, kalo drama lebih kepada pengorbanan cinta..
dan movie ni lebih kepada pengorbanan ketuhanan..
huhu....
dan klu utama..kali ini Aidil telah kehilangan isterinyer Alia (lakonan Ayu Raudhah)..
aidil dan alia mempunyai dua org anak yg comel..
termasuk lakonan adik Mia Sara..
suspens sehhhh...
kalau tak caya meh kita tengok review abang beatifulnara ni..
v
v
v
v
v
v
Secara ringkasnya, filem Nur Kasih melengkapkan dan menamatkan drama Nur Kasih yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Review Filem Nur Kasih, Sila Bawak Tisu Banyak-Banyak Kalau Anda Dalam Hati Ada Taman
Kekuatan filem Nur Kasih:-
Hasil sentuhan Khabir Bhatia sememangnya dikenali dengan sinematografi yang sangat awesome. Dan ternyata filem Nur Kasih tidak menghampakan. Cantik sangat-sangat setiap scene yang dirakamkan. Tambah hebat apabila lakonan kesemua pelakon yang terlibat sememangnya mantap-mantap belaka. Dan skor muzik yang dihasilkan oleh Hafiz Hamidun menambahkan lagi mood sedih di dalam filem ini. Jangan terperanjat dengan endingnya yang agak mengejutkan.
Kelemahan filem Nur Kasih:-
Scene yang terlalu pendek menyebabkan kadang-kadang mood sedih lari. Baru nak tangkap feeling air mata nak jatuh tup-tup scene tersebut sudah habis. Mungkin ini terjadi disebabkan kekangan pada duration tayangan filem ini.
Kesimpulannya, Abang Nara bagi 4 bintang daripada 5 untuk filem Nur Kasih. Walaupun anda tak tengok drama Nur Kasih, anda masih boleh menonton dan menghayati keindahan filem ini. Scene paling menarik bagi Abang Nara ialah konfrontasi Remy Ishak dengan seorang ustaz yang menampakkan dunia Islam sekarang. Pastikan korang bagi tumpuan kepada dialog-dialog di babak tersebut.
Tandakan tarikh 19 Mei 2011 di kalendar anda kerana demam Nur Kasih akan sekali lagi melanda Malaysia.
Apa!!!Ending nyer mengejutkan???
agak2 ader tak peluang Aidil & Nur Amina semula...
hahaha..hendak jugak..
apa2 pun..mehlah kita terjah pawagam 19 hb mei ni..
aku tengok lah, kalau rasa tak penat pi lah..
kalau tak, pi hari lain lar..
tengok memang tetap tengok....
2 pesanan:
kak ina..jom2 kita pakat p tengok..plan ngan suami nak tengok weekend nih..hehe..nak tgk 19hb mesti ramai n penatt..
tu lar...suami turun erk...boleh gak
Post a Comment