Peserta kursus..
Sebagai penjawat awam yang baik dan bagus punyerrr,aku kener pi kursus sekurang2nyer 7 hari setahun..so minggu lepas aku kener p kursus etiket sosial ni..di Polyteknik Sultan Azlan Shah, Behrang perak..aku memang minat kursus ini..aku memang pilih..tak sangka lak terpilih.. kursus start hari isnin, hari ahad malam tu aku ngan hubby dan hantar permata hati kami balik kg..nenek jaga..punyerlaer suker satu kg menerima kepulangan budak2 tu, jannah ngan Rizqi..siap tanya lagi..biler nak p kursus lagi???
Oleh kerana ekonomi tengah gawat dan kerajaan syorkan supaya berbelanja ngan hemah. kursus tak leh buat kat hotel..so kami yg seramai 20 org ni kener stay kat hotel yang poly sediakan iaitu Anjung Inn..aku kener duduk sorang, dek kerana terpengaruh ngan iklan hantu2 poyo TV3 aku pun dengan rasa kuatnyer mengangkut tilam aku kebilik kawan aku di tingkat satu..menumpang kasih dibilik Azila dari hulu langat..sib baik dia terima..keh..keh,..punyalah penakut..
Petang habis jer kursus aku ngan geng p jalan2 kat tanjung malim..aper lagi window shopping,,boleh tahan gak tanjung malim ni...semua ader...
Proton City, Tanjung Malim
So far kursus ni Ok dan best..banyak yang aku tahu..penceramah kitaorang seorang askar iaitu Mejar Qayyum..dia banyak tulis buku..sempat gak aku membeli 3 buah buku..murah!!!...
Mejar Qayyum
Buku-buku yang ditulis Mejar Qayyum.
Mejar qayyum macam selebriti
Aku ngan geng2
Yg paling best malam sebelum balik tu ader pratikal makan malam..etiket di meja makan...pastu makan macam2 lak....menggigil2 kitaorang nak gunakan segala peralatan dimeja makan mengikut jenis makanan...tapi syok, banyak ketawa dari makan.
Pratikal makan malam
Dapat sijil..tanda tamat kursus..
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya..Tinggalkan Link Anda..Saya akan Cuba Menjejakinya..❤
1 pesanan:
terima kasih daun keladi, lain kali jemputlah lagi.. :)
Post a Comment