2011 yang pergi..2012 yg menanti…
Masih tidak terlambat lagi , untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2012..
Selamat tinggal tahun 2011..
Tahun 2012 yg baru sahaja membuka tirainya..
Tahun 2011yg berlalu, tahun yg penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan,suka duka serta dugaan.....
mari kita tengok rentetan peristiwa 2011..
mari kita tengok rentetan peristiwa 2011..
Antaranya ialah anak bujang saya, Rizqi first masuk alam persekolahan di Qdees..Saya dan hubby berjaya naik pangkat dan penempatan baru di Kolej lama..hehehe..alhamdulillah..Jannah & Rizqi pun dah mula mengaji..
Dari segi rekod percutian,rekod baru telah dicipta…hahah…
yer lar sebelum ni mana pernah buatkan..
saya telah pergi bercuti 3 tempat dalam masa 3 bulan berturut2…Awal okt ke Ho Cho Min, Vietnam, awal nov ke Kuching Serawak dan awal Dis saya ke Kota Kinabalu, Sabah..itu tak akan terjadi utk tahun ini…dah pokai…heheh..
Dari segi pembelian aset pulak, x der aper pun..
cuma saya telah menukar kereta myvi saya ke alza..
JJJ (Jannah Jom Jalan2)..sayang bangat dgn plat no ni..
Bukan sebab no itu limited..tapi plat JJJ ni saya dapat ketika mengandungkan Jannah….ader sentimental value kat situ…saya jugak telah beli mini laptop brand Toshiba, maroon untuk saya sentiasa updated blog..hahah..husband saya telah beli lens..2 bijik aircond dipasang di living room, tukar peti ais baru…
Hahha..itu pun nak tulis,..mestilah…
saya jugak telah start bayar PTPTN secara konsisten rm300 sebulan
(duit naik pangkat ni,,)…
jugak terjadi suatu peristiwa yg menyebabkan hubungan sirraturahim selama ini baik antara saya dan pihak xxxx, telah tercalar sedikit demi sedikit..sampai mati pun saya akan ingat..

Ok utk tahun 2012 ni..aku harap semuanya akan menjadi yg terbaik..
menjadi isteri, mama, anak,kakak,adik ,pekerja, kawan,jiran yg terbaik
utk org2 disekeliling aku..utk org2 yg tersayang,,,
nak ubah sikap yg x best..aku nak jadi lebih cool cikit…
Hahha..kener minum cool blog banyak cikit ni
( mentang2 dah ader kat tangkak)…
Nak amalkan baca al-quran,sehelai sehari,nak pratikkan sembahyg
maghrib berjemaah sekurangnya2 3 kali seminggu
(dah cuba selama 2 minggu,alhamdulillah JR boleh ikut..)
Semoga tahun 2012, ni kami sekeluarga dikurniakan kasehatan yg baik,
dilimpahi kasih sayang dan subur dalam cinta,diberi ketenangan hati ,
dijauhkan dari desakan hutang dan kebencian manusia… dan dimurahkan rezeki..
dan lebih jelita….semestinya…
Saya ingat kata-kata ini :
Kalau kita mencari dunia, kita akan dapat dunia…kalau kita mencari akhirat, kita akan dapat dua2 sekali ..dunia dan akhirat…..
Akhir sekali, saya ader terjumpa satu blog yg menyiarkan artikel berkenaan tahun baru ..catatan beliau amat menarik untuk kita sama2 renung2kan..klik sini
amik sedikit catatan dalam blog beliau :::
"Segala-galanya bermula di rumah. Jika suasana di rumah itu kondusif, harmoni, positif dan sebagainya makan semua unsur ini akan dibawa ke luar sana. Jika di rumah kita dididik untuk senantiasa membuang sampah di dalam tong sampah, maka di luar kita tidak akan sampai hati untuk membuka tingkap dan mencampak bungkusan bekas makanan keluar dari kereta kita.
Jika di rumah kita telah dididik untuk membaca doa sebelum menikmati makanan, maka apabila kita makan di luar pun kita akan senantiasa istiqamah untuk membaca doa sebelum menikmati makanan.
Jika di rumah kita telah dididik untuk solat di awal waktu, maka apabila di luar pun apabila masuk sahaja waktu solat kita akan cepat rasa bersalah dan mula tercari-cari surau / masjid untuk disinggahi bagi mengerjakan kewajiban itu.
Begitu juga apabila di rumah kita telah dididik untuk senantiasa menghormati ibubapa kita, maka di luar pun kita akan senantiasa hormat akan ibubapa orang lain ataupun orang yang lebih tua dari kita.
Segala-galanya bermula dari diri dan keluarga kita. Jadi jangan sesekali menyalahkan pihak lain, jangan sesekali menyalahkan sistem, jangan sesekali menyalahkan itu dan ini. Kembalilah kepada muhasabah diri sendiri. Adakah kita ini aset kepada negara tercinta ini atau hanya liabiliti yang menyusahkan pihak lain ?"

0 pesanan:
Post a Comment