Tahun 2011 akan berakhir tak lama lagi..
kira2 dalam 10 hari lagi…
Akan menjelma tahun 2012..
Sekejap jer kan..pejam celik..pejam celik setahun berlalu begitu sahaja....
Apa yg anda capai tahun 2011?..
Tercapaikah azam2 anda dulu??...
Hahah seperti biasa, mudah sajer kan kalau tak tercapai..
Carry forward…
Aku tak pernah coretkan apa2 wishlist aku utk tahun2 yg lalu dalam blog..
Walaupun banyak wishlist yg terlintas difikiran..
Untuk tahun 2012 ni, aku nak try buat wishlist aku..
Senarai impian ini cuma sebagai panduan sahaja..
Sebagai pembakar semangat yer..
Bukan mandatori kener dapat @ capai..
Tapi kalau dapat mencapai matlamat…
Alhamdulillah…
Alhamdulillah…
Tak pun Paling kurang 50% kan..haha
dari 6 wishlist, dapat capai 2,3 pun dah cukup baik….
Ok, meh tengok wishlist aku utk tahun 2012…
1. Nak tambah zuriat
Kategori wajib…haha..since Rizqi dah nak masuk 4 tahun ni..aku rasa ini peluang terakhir aku utk pregnant…kalau diizinkan Allah dapat permata hati 3 orang pun dah tesangat bersyukur..maklumlah Jannah & Rizqi pun dua2 ceaser…jantina baby lelaki @ perempuan x kisah…
Harap2 peluang pregnant ni akan dimakbulkan Allah utk tahun 2012..pastu dah leh tutup kilang..fokus kpd 3 org..Insyallah..amin…
Kalau Berjaya pregnant, ader wishlist lagi…hahahah….
2. Nak beli camera dslr yg comel
Hahaha…ini lagi satu wishlist aku…aku memang ader kamera compact yg diusung kemana sahaja ..ringan..boleh letak dalam handbag..dibeli pada tahun 2007..kirakan dah masuk 5 tahun dah kamera tu…klik sini... kondisi kamera masih elok lagi..tapi tak canggihlah..gambar pun tak berapa cantik (alasan jer)…
Kalau dapat kamera sony nex3 atau Panasonic lumic gf2 kan bagus…barulah tiap2 hari leh updated blog..sekarang ni malas nak amik gambar..x der mood konon...haha..apalah sangat blog tanpa gambar..kan???
3. Nak beli gadget samsung galaxy tab pluss @ Samsung galaxy note
Ni wishlist yang ketiga..org lain dah campak2 samsung tab ni..aku baru nak buat wishlist …janji aderkann..aku ni sebelum tidur memang suka surfing internet..tengok drama korea lah.tengok youtube lar…so alangkah manisnyer hidup kalau dapat guna gadget2 yg canggih manggih ni kan…kan abangkannnn.....actually aku ni memang peminat NOKIA..selama aku pakai hp ni, tak pernah tukar brand hp..tu lar kali ni, kena beralih angin...ikut perubahan..
4. Nak upgrde bilik jannah
Ok ni wishlist aku yg ke-4, harap2 dapat terlaksana sebelum Jannah masuk darjah 1..aku nak decorate bilik jannah seperti yg diimpikannya..nak buat built in furniture..maklumlah tahun 1 ni dah tentu banyak buku, dgn buku sekolah agama lagi..homework pun banyakkan…beg sekolah lagi..so harus provide bilik yg proper kan..ader rak letak buku, ader meja study yg selesa, ader rak letak beg2 sekolah yg berasingan tu..beg sekolah rendah, beg sekolah agama, beg tuisyen, beg ngaji …
bilik yg ader sekarang pun lebih kearah bilik main..penuh ngan toys…
5. Nak bercuti dekat2 jer--à (leh caya ker ni???)…
Wishlist aku yg ke 5 ni bermaksud aku nak bercuti dekat2 jer..yg tak memerlukan banyak duit shopping..maklumlah wishlist no 1 tu dah cukup berat…say no to bandung, say no to ho chi min…kalau boleh nak pi dekat2 jer..contoh USS (Singapore), genting ker, pulau2 @ terengganu atau kat pangkor…after wishlist no 1 terlaksana baru leh jalan2 jauh..pi brunei ker..pi korea ker @ pi mana2 lah…hahah…
6. Nak kuruskan badan..
Hahaha..ni boleh dikatakan wishlist sepanjang hayat..aku nak turunkan sampai 65 kg pun dah kira ok…keener tambah usaha ni…keener manfaatkan sauna yg ader…nak suruh mr syahrir buat statement kalau berjaya dapat turunkan sampai 65 kg, hadiahnya Samsung note!!..huhuhu…agak2 berjaya tak??.....
Wishlist diatas hanya untuk tahun semasa yg dinyatakan..
bukan wishlist sepanjang hayat yer..kecuali yg no 6 tu..heheh
seperti yg dinyatakan awal2, wishlist2 ini bukanlah WAJIB utk dicapai..
memerlukan banyak usaha dari segi RM, masa,tenaga, niat dll…
harap2 tercapai..kalau tidak tercapai bawk tahun 2013 lak..
senang bukan???....
takpun kalau tak leh capai dalam masa 2 tahun,secara rasminya
wishlist telah bertukar menjadi BLACKLIST..
hahaha..
ada faham kar adik manis???
2 pesanan:
Semoga wish pertama tu dipenuhi dulu ya! Selepas tu send to T Chong semasa berusia 3 tahun!hahahahhaha
Post a Comment